Rumah Che Ta kena serbu, gagal bayar pinjaman Mara hampir RM1 juta

Rumah Che Ta kena serbu, gagal bayar pinjaman Mara hampir RM1 juta

 

Rumah Che Ta kena serbu, gagal bayar pinjaman Mara hampir RM1 juta

Majlis Amanah Raya (Mara) bertindak menyerbu kediaman aktres Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta di Kota Damansara, pagi ini.

Menurut Sinar Harian, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan selepas selebriti 51 tahun itu gagal menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Che Ta mahupun suami, Zain Saidin tiada di rumah.

Hanya kelibat ibunya sahaja yang mendiami rumah mewah dua tingkat itu.

Bagaimanapun selepas sejam pihak Mara membuat penilaian, anak sulung Che Ta, Ammar Effendi dilihat memasuki rumah tersebut.