Rumah banglo dikritik macam ‘kedai tomyam’, Aliff Syukri nak saman pereka dalaman

Rumah banglo dikritik macam ‘kedai tomyam’, Aliff Syukri nak saman pereka dalaman

 

BERANG rumahnya dikritik seorang pereka dalaman, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

Membidas kenyataan tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Alif Syukri Kamarzaman, 37, memberitahu rumah mewahnya itu dihasilkan oleh pereka dalaman terkemuka Malaysia.

“Tunggu surat saman daripada saya ya. Saya malas nak upkan awak sebab awak ini terpaling pereka dalaman.

“Awak tahu pereka dalaman rumah saya ini antara yang terbaik di Malaysia dan dapat anugerah.

“Rumah saya pun disenaraikan pendek sebagai rumah tercantik mewakili Malaysia. Jadi awak tak payah nak kondem rumah saya tak cantik. Saya tak perlukan khidmat nasihat awak,” katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Aliff juga memberitahu setiap orang mempunyai citarasa dalam menghias dan mendekorasi rumah masing-masing.

Malah dia juga mendakwa individu berkenaan tidak mendaftar Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) selepas melakukan pencarian di internet.

“Setiap orang ada selera masing-masing tak payah nak sebut nama sesiapa.

“Duit saya konsep saya rumah saya ikut suka hati saya… Sesuka hati kata rumah aku mcm kedai tomyam nak tengok rumah awak pula yang mega itu,” luahnya.

Sebelum ini, seorang pereka dalaman mendakwa rumah usahawan tersebut terlihat murah disebabkan susunan perabot dan hiasan yang tidak terlihat mewah.

Individu berkenaan berkongsi perkara tersebut di akaun TikTok miliknya dan ia menjadi bualan hangat netizen.