Lelaki ini kecewa tiada satu roti canai pun di seluruh Poland

Lelaki ini kecewa tiada satu roti canai pun di seluruh Poland
Sudah menjadi seperti satu ‘pukauan’ pula buat para pelancong yang datang ke Malaysia pasti akan merasa tidak sabar untuk datang kembali dan paling ketara mahu mencari makan tempatan di negara asal masing-masing.
Ini apa yang terjadi kepada seorang lelaki dari Poland yang mana meluahkan ‘kekecewaan’ yang dialami selepas baru pulang dari bercuti di Malaysia di satu ruangan komentar di Facebook.
Pawel Manty mendedahkan yang dirinya baru sahaja meninggalkan Malaysia beberapa hari lalu selepas sudah bercuti lebih sebulan di sini.
Walaupun baru sahaja pulang, tetapi rasa rindu sudah mula menguasai dirinya dimana kini sudah tidak dapat merasai cuaca yang cerah seperti di Malaysia.
“Baru sahaja meninggalkan Malaysia yang cerah pada dua hari lalu selepas bercuti selama 35 hari. Kini sudah merinduinya, di sini Poland pada pukul 8:31 malam hanya hujan yang sejuk dan sudah gelap selepas 5 petang,” keluhnya.
Selain merindui cuaca yang cerah, Pawel Manty juga mendedahkan tidak wujud juadah bernama roti canai di seluruh Poland sekaligus membuatkan dia sangat kecewa.
Dia bagaimanapun menegaskan dirinya akan datang semula pada tahun hadapan untuk menikmati cuaca yang cerah dan semestinya roti canai yang disukainya.
Kami langsung menjengah ke profilnya dan ternyata dia sudah menjelajah ke pelbagai lokasi ikonik di negara kita dan mencuba sejumlah juadah tempatan di samping merekodkan segala pengembaraan untuk saluran YouTube miliknya.
Dia kelihatan sangat gembira untuk menerokai budaya dan tradisi warga setempat. Malah, dia turut membuat ulasan dalam bahasa Polish di dalam videonya.
Dalam pada itu, sebahagian netizen turut memberi respons yang mana menyarankan dia untuk bawa pulang roti canai segera dan mungkin juga membuka kedai mamak sendiri di sana.