Individu terkejut harga roadtax ‘used car’ cecah RM8k

Individu terkejut harga roadtax ‘used car’ cecah RM8k

 

Individu terkejut harga roadtax ‘used car’ cecah RM8k

Di dalam senarai jualan kereta terpakai, anda bakal dihidangkan dengan sejumlah kereta tidak kiralah jenama import atau pun nasional dengan harga yang cukup mengiiurkan.

Mana tidaknya, kereta jenama seperti Honda, Lexus boleh didapatkan pada harga serendah RM35,000 sahaja dan dijamin prestasi yang mantap kerana mempunyai enjin yang berkuasa tinggi.

Seorang pengguna Threads berkongsi satu tangkap layar yang memperlihatkan perbualan dua individu yang berbincang tentang harga cukai jalan yang dikenakan ke atas kereta terpakai yang baru dibelinya.

Di dalam tangkap layar itu, seorang individu dilihat sedang meminta nasihat rakannya dalam perihal cukai jalan yang dikenakan terhadap kereta Lexus yang dibeli pada tahun lalu.

Difahamkan dia telah membeli sebuah Lexus model LS430 yang dikeluarkan pada tahun 2004, namun apa yang mengejutkan individu itu bila mahu memperbaharui kos cukai jalan pada tahun berikutnya didapati  terlampau mahal iaitu cecah RM7,944.

Dia mendakwa tidak mengetahui perkara itu memandangkan sudah membayar secara lumpsum untuk pembelian kereta itu pada tahun lalu.

Jadi, dirinya tidak mengetahui berapa jumlah sebenar roadtax kerana sudah dimasukkan sekali dengan harga pembelian. Dia masih boleh menerima kos insuran yang dikenakan pada harga RM1,300 tetapi tidak untuk cukai jalan kerana terlalu tinggi untuk ditanggungnya.

Berulang kali dia cuba menidakkan perkara itu dan melihat ia sebagai kesalahan teknikal sahaja namun respon kawannya mendedahkan itulah harga yang perlu dibayar untuk kereta yang mempunyai CC yang besar seperti L5430 ini yang memiliki engineer CC 4,292.

Dalam bahasa mudah, lagi besar CC sesebuah kereta maka lagi mahallah harga cukai jalannya.

Rakannya langsung mempersoalkan jika kalau individu terbabit terlepas pandang hal harga cukai kereta tersebut sebelum membuat pembelian.

‘Masa Beli Tak 'Roger’ Pula' - Individu Terkejut Harga ‘Roadtax’ Kereta Terpakai Miliknya Cecah RM8,000

Pengguna Threads itu berkongsi maklumat lain yang mendedahkan individu itu telah membeli kereta di dalam segmen mewah ini pada harga sekitar RM35,000 di dalam pasaran kereta terpakai.

Menjengah ke ruangan komentar, netizen bukan sahaja terkejut dengan pendedahan itu malahan menyedari realitinya ramai orang hanya tahu membeli tetapi tidak mengambil tahu kos selanggara dan berkaitan cukai yang cukup beban untuk dipikul.