“Mak pernah pesan..” – Didakwa berhutang bekas adik ipar RM208k, Aida Aris akhirnya bersuara
“Mak pernah pesan..” – Didakwa berhutang bekas adik ipar RM208k, Aida Aris akhirnya bersuara.
Pelakon Aida Aris berkata dia mengambil langkah berdiam diri gara-gara tuduhan dia berhutang RM200,000 terhadap bekas adik iparnya bukan kerana takut,
Kata Aida, dia memegang pesanan Allahyarham ibunya iaitu Siti Khadijah Abu Sujak untuk bersabar sekiranya berdepan dengan ujian dalam hidup.
Aku diam bukan takut. Aku diam sebab mak pernah pesan. Biar la orang buat kita, sabar. Patut ke aku tampil?
Pelakon itu dilihat meluahkan rasa hatinya menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.
Dia dalam pada itu meluahkan rasa terharu kerana menerima semangat daripada orang ramai susulan kontroversi itu.
Alhamdulillah, terima kasih semua kawan-kawan dan pengikut di media sosial yang mengenali mahupun tidak kerana mendoakan dan memberi akta semangat. Akhir zaman masih ada orang yang baik.
Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Ziela Rashid tampil mendedahkan bahawa pelakon wanita yang juga bekas kakak iparnya didakwa telah berhutang sebanyak RM208,745.59.
Pendedahan itu kemudian menimbulkan spekulasi sebelum wanita itu mendedahkan siapakah identiti pelakon itu kepada umum baru-baru ini.