1 SGD dijangka cecah RM2.90 tak lama lagi – Pakar Singapura
Pada ketika ini Ringgit Malaysia (RM) baru-baru ini menunjukkan kekuatan yang luar biasa berbanding Dolar Singapura (SGD).
Pakar meramalkan bahawa ia tidak lama lagi boleh mencapai tahap RM2.90 atau lebih rendah lagi, petik laman Wake Up Singapore.
Aliran positif ini sebahagian besarnya didorong oleh prestasi ekonomi Malaysia yang memberangsangkan dan perubahan terbaru dalam kadar faedah global.
Loo Cheng Chuan, seorang pakar teknologi dan pelabur dari Singapura, menyatakan bahawa kenaikan RM ini patut diberi perhatian untuk kedua-dua rakyat Malaysia dan Singapura.
Selain itu, beliau mendapati Ringgit telah meningkat daripada sekitar RM3.50 kepada kira-kira RM3.20 berbanding SGD dalam tempoh enam bulan lalu, peningkatan sebanyak 8 peratus.
Menurutnya lagi, dua faktor utama menyumbang kepada kekuatan RM adala keputusan Rizab Persekutuan AS untuk menurunkan kadar faedah dan reformasi ekonomi Malaysia di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Loo menjelaskan bahawa pengurangan kadar faedah AS telah mendorong modal yang sebelum ini mengalir ke AS untuk kembali ke Malaysia, meningkatkan nilai Ringgit.
Pada masa sama, kerajaan Malaysia telah memotong subsidi bahan api dan melaksanakan dasar yang sukar, seterusnya menyokong peningkatan mata wang.
Ini telah menyebabkan aliran pelabur asing meningkat dan seterusnya penukaran deposit mata wang asing, yang akan membantu menyokong Ringgit.
Lonjakan RM ini membawa pelbagai implikasi untuk kedua-dua negara. Bagi pengguna dan perniagaan Malaysia, mata wang yang lebih kukuh bermakna import lebih murah.
Menurutnya pengimport dan pengguna sudah pun menyedari faedah RM yang lebih kukuh, kerana harga barangan luar negara menjadi lebih berpatutan.
“Memandang ke hadapan, saya percaya Ringgit boleh terus meningkat sehingga 2025, dengan beberapa ramalan mencadangkan ia mungkin stabil sekitar RM3.00 atau bahkan mencecah RM2.90 menjelang akhir tahun,” kata Loo.