Resepi kuih lompang versi mak-mak
Sedapnya kuih lompang yang macam mak dengan nenek buat dekat kampung. Susah nak cari dekat bandar ni jadi, kena buat sendiri. Nak cari resepi kuih lompang jap..”
Siapa sahaja yang akan menolak sekiranya dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih tradisional Melayu bukan?
Semuanya sedap-sedap belaka dan salah satu jenis kuih yang mendapat sambutan ramai adalah kuih lompang.
Namun, susah untuk jumpa orang yang menjual kuih lompang ini jadi anda perlu buat sendiri di rumah. Jom!
Bahan-bahan:
# 3 cawan air
# 2 1/2 cawan tepung beras
# 2 sudu tepung ubi
# 1 cawan gula + 1 cawan air (masak hingga mendidih)
# pewarna yang disukai
# kelapa parut + secubit garam ( untuk atas kuih)
Cara menyediakannya:
1) Campurkan tepung beras, tepung ubi bersama 3 cawan air..kacau hingga sebati. Kemudian masukkan air gula dan tapiskannya..
2)Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang disukai.
3)Panaskan dahulu periuk kukus dan acuan selama 5 minit..apabila acuan dah dipanaskan kmudian masukkan adunan dan kukus sehingga masak..
4) Kuih ini akan masak bila ada kesan lekuk ( lesung pipit) ditengah kuih..Tips tak bagi kuih melekat di acuan, oleskan sedikit minyak masak di acuan sebelum dikukus ya.
*Selamat mencuba!