“Takde alasan untuk tak belajar” – Remaja ulang kaji sambil jaga ibu terlantar di hospital runtun hati netizen

“Takde alasan untuk tak belajar” – Remaja ulang kaji sambil jaga ibu terlantar di hospital runtun hati netizen

 

“Takde alasan untuk tak belajar” – Remaja ulang kaji sambil jaga ibu terlantar di hospital runtun hati netizen.

Di TikTok, tular satu video memaparkan seorang remaja lelaki yang begitu tekun belajar sambil menjaga ibunya yang terlantar di hospital.

Menerusi perkongsian dimuat naik, remaja yang dikenali sebagai Nazrin itu telah berkongsi momen dirinya yang begitu tenang mengulang kaji pelajaran dan dalam masa yang sama mampu menguruskan ibu tercintanya.

Menurut Nazrin, dia menganggap apa yang berlaku dalam kehidupannya sebagai satu ujian untuk melatih dirinya menjadi seorang yang lebih matang.

Malah, yakin pasti ada hikmah disebalik setiap ujian yang berlaku.

Sebab itulah, kita dalam hidup ini kan, bila kiti diuji dengan banyak gila dugaan, janganlah anggaplah itu sebagai dugaan semata-mata.

Anggaplah itu sebagai satu ‘journey’ untuk kau menjadi lebih matang dan pasti ada hikmah disebaliknya.

@whrenaz55

2024❤️

♬ original sound – Leppstoremyyy – lyphthriftmy

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Nazrin dan mendoakan agar urusannya dan keluarga dipermudah.