“Dia bawa lari duit umrah & haji mak” – Lelaki kantoi, guna ibu bapa sakit untuk mohon bantuan
“Dia bawa lari duit umrah & haji mak” – Lelaki kantoi, guna ibu bapa sakit untuk mohon bantuan
Inilah salah satu sebab mengapa Pusat Zakat memerlukan sedikit masa untuk menyampaikan bantuan kerana wujudnya individu-individu yang sanggup menipu dan mereka cerita untuk mendapatkan wang secara mudah.
Ahli Parlimen Skudai, Marina Ibrahim telah menggunakan akaun media sosialnya untuk memberi peringatan dan meminta orang ramai berwaspada dengan seorang lelaki bernama Razak.
Katanya, dia dihubungi Razak pada Jun 2024 untuk memohon bantuan kerana dia perlu menjaga ibu bapa yang sakit namun apabila Marina mahu melawat lelaki itu menolak.
Aku nak buat lawatan, dia tak berikan kebenaran. Dia cakap buat lawatan bila dia ada di rumah.
9 Jun 2024
Marina terjah ke rumah keluarga Razak untuk membuat lawatan dan pada ketika itu dia berjumpa dengan seorang lelaki di mana dia memaklumkan telah dihubungi oleh individu bernama Razak untuk meminta bantuan.
Lelaki tersebut merupakan adik kepada Razak, senyum dan agak terkejut. Kerana abang yang bernama Razak langsung tidak pernah balik dan menjaga kedua ibu bapa yang sakit dan ini bukan pertama kali orang datang rumah disebabkan kelakuan si abang.
10 Jun 2024
Marina membuat lawatan sekali lagi bagi membantu untuk mengisi borang Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tambah Marina, baru-baru ini juga dia dimaklumkan bahawa lelaki bernama Razak ada meminta sumbangan awam dengan alasan menjaga ibu bapa sakit dan dia tidak mampu membayar sewa.
Sedangkan rumah tersebut telah habis dibayar dan adalah milik emak dan paling penting dia TIDAK PERNAH menjaga mak ayah yang sakit.
Dalam pada itu, Marina turut berkongsi dalam hantaran di Facebook mesej yang diterimanya daripada kakak Razak mengatakan bahawa adiknya suka scam orang ramai.
Dia scammer. Saya dah bayar semua hutang-hutang duit Ahlong tahun 2016. Dia hilangkan diri sekarang timbul balik buat hal.
Tambah wanita itu, Razak telah menghilangkan diri selama tujuh tahun dan sebelum ini pernah mencuri harta benda keluarga termasuklah barang kemas kakak dan ibu sendiri.
Kesian mak. Duit umrah pun hilang, duit nak pergi haji pun dia curi. Saya mohon maaf bagi pihak keluarga. Saya malu sampai bila kita nak lari dari Razak. Keluarga saya hidup dalam ketakutan, tak tahu apa lagi dia akan buat.