Pelanggan beri rating 1 star sebab kurier hantar barang lambat sehari, respon padu penjual ini buat ramai puas
Pelanggan beri rating 1 star sebab kurier hantar barang lambat sehari, respon padu penjual ini buat ramai puas.
Baru-baru ini, tular satu tangkap layar yang dikongsi di Facebook memperlihatkan satu ulasan dari pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tempoh pembungkusan barangan yang dibelinya.
“BARANG SAMPAI DALAM KEADAAN BAIK.. CUMA MASA TIDAK TEPAT…IKUTKAN PENGHANTARAN 10/11/2024 TAPI 11/11/2024 BARU HANTAR…NASIB TIADA KEMEK ATAU PATAH. HARAP PERBAIKI DARI SEGI KETEPATAN MASA”, luah si pembeli.
Untuk mempertahankan diri, si penjual langsung memberi respons pedas kepada ulasan tersebut dengan menerangkan waktu penghantaran adalah normal pada keesokan harinya selepas dipesan.
Malah, waktu penghantaran barang juga perlu mengambil kira syarikat kurier yang mengendalikan penghantaran tersebut yang pasti mempunyai pesanan barangan dari pelanggan lain.
“Kau baru pertama kali beli online ke? ketetapan masa apa lagi yang kau nak? order 9/11 pukul 9 pagi ship out 9/11 pukul 12 tengah hari.. cepat mana lagi kau nak? kau ingat seller ikut sekali barang tu ke? dan ingat kau ingat seller kerja dengan syarikat kurier”, tulisnya pada bahagian maklum balas.
Individu terbabit turut meminta si pembeli untuk tidak menyalahkan penjual dek kerana barang sampai lewat yang mana dikendalikan oleh pihak kurier selepas itu dan tidak memberikan rating yang rendah.
Perkongsian tangkap layar ternyata meraih perhatian netizen dan rata-ratanya meluahkan rasa puas hati dengan respons ‘savage’ yang diberikan oleh penjual tersebut.
Netizen dalam masa turut bersimpati dengan nasib sesetengah penjual yang perlu berdepan dengan pelanggan yang mempunyai jangkaan untuk menerima barangan secepat mungkin dan memberi rating rendah apabila bila tidak dipenuhi kehendaknya.