“Rasa macam ada spark” – Isteri orang terpikat dengan rakan sekerja, dapat layanan macam baru kahwin

“Rasa macam ada spark” – Isteri orang terpikat dengan rakan sekerja, dapat layanan macam baru kahwin

 

“Rasa macam ada spark” – Isteri orang terpikat dengan rakan sekerja, dapat layanan macam baru kahwin

Setiap hubungan perkahwinan pasti ada pasang surutnya.

Kadangkala hubungan yang pada awalnya membara dengan cinta dan kasih sayang, sedikit demi sedikit mulai hambar seiring dengan pertambahan usia perkahwinan dan kehadiran cahaya mata.

Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan seorang wanita berstatus isteri orang ini mengenai dilema yang dihadapinya gara-gara terjatuh cinta dengan rakan sepejabat.

Tidak mendedahkan identiti, wanita yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata, dia terpikat dengan jejaka tersebut kerana sikapnya yang budiman selain pandai mengambil hatinya.

“Dah berbulan saya bermesej dengan rakan sekerja. (Dia) single, sangat kacak dan berbudi bahasa.

“Ambil berat pasal saya. Belikan saya hadiah dan layan saya macam masa saya dengan suami baru kenal dulu,” luahnya.

Menurut wanita yang berusia 31 tahun ini, dia mengakui terbuai-buai dengan perasaan apatah lagi usianya masih muda, selain berasa seakan-akan serasi dengan lelaki berkenaan.

“Saya kahwin awal dan sekarang saya rasa macam seperti ada spark dengan lelaki tu… ia membuatkan saya rasa seperti brand new. Apa yang patut saya buat?” ujarnya lagi.

Bagaimanapun wanita tersebut tidak berkongsi lebih lanjut sama ada lelaki berkenaan mengetahui statusnya sebagai isteri orang, atau sebaliknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya tampil mengecam wanita berkenaan kerana tidak sedar diri dan diam-diam berlaku curang terhadap suami.

“Sebab tu aku pernah cakap, tak ada bagus mana pun kahwin awal ni. Berapa kerat je yang okay. Lagi banyak yang tak okay, contohnya macam inilah. Kau tak puas dapatkan apa kau nak sebab deal komitmen terlalu awal.

“Tak hadap lagi memanglah sweet. Nanti dah hadap perangai kau hari-hari sama je… hilang spark cari lelaki lain.

“Pernah alami tapi percayalah, tak berbaloi pun awak sia-siakan hidup buat benda tak baik ni. Lagi-lagi kita ada anak. Kelak kalau kantoi, anak-anak akan hilang hormat pada kita sebagai ibu. Sampai tua mereka akan ingat,” komen netizen.

Sumber: mStar