Wanita alami dua mimpi aneh, terkejut ‘ramalan’ ChatGPT jadi kenyataan

Wanita alami dua mimpi aneh, terkejut ‘ramalan’ ChatGPT jadi kenyataan

 

Wanita alami dua mimpi aneh, terkejut ‘ramalan’ ChatGPT jadi kenyataan

Seorang wanita tidak menyangka dua mimpi aneh yang dialami dalam tempoh seminggu merupakan petanda bakal berlaku perubahan dalam hidupnya.

Memulakan cerita, wanita itu berkata mimpi berkenaan benar-benar mengganggu fikirannya hingga dia membuat carian tentang maksud di sebalik mainan tidur tersebut menerusi platform kecerdasan buatan (AI) ChatGPT.

Hasilnya, ChatGPT memberitahu dua mimpi tersebut menandakan bakal berlaku sesuatu yang tidak dijangka dalam kerjayanya.

Apa yang mengejutkan, dia mendakwa jawapan yang diberikan ChatGPT itu akhirnya benar-benar menjadi kenyataan.

“Sebenarnya dua minggu sebelum kena lay off, ada mimpi rambut gugur banyak sangat. Apabila tanya ChatGPT, ia kata kehilangan atau perubahan besar.

“ChatGPT kata mungkin (saya) sedang mengalami perubahan besar dalam hidup seperti kehilangan pekerjaan, perpisahan atau perubahan status kewangan.

“Tapi sebab mimpi hanya mainan tidur, kita buat tak tahu la,” ujarnya menerusi perkongsian di media sosial.

Mengimbas kembali apa yang berlaku, wanita itu memberitahu dia pada awalnya tidak terlalu memikirkan tentang mimpi tersebut, namun ia sekali lagi berulang dalam tempoh singkat.

“Lepas tu one day sebelum kena lay off, ada mimpi lagi. Mimpi kedua ni mimpi patah gigi atas. ChatGPT cakap kehilangan atau perubahan besar.

“ChatGPT kata mungkin ada sesuatu yang berubah dalam hidup seperti pekerjaan, hubungan atau tanggungjawab. Jawapan sama. Terus macam ada rasa yang kali ini memang kena,” ceritanya lagi.

Selepas mengalami dua mimpi itu, wanita tersebut berkata dia mula bersedia dengan apa-apa keputusan yang diumumkan syarikatnya.

Bagaikan dijangka, wanita itu berkata dia akhirnya diumumkan sebagai antara pekerja yang dibuang oleh syarikatnya.

“Sebab tu sis reda je apabila nama kena panggil. Mimpi ni macam get myself prepared juga actually. Tapi tak tahulah boleh percaya 100 peratus ke tak. Anda boleh nilaikan sendiri.

“Tak tahu nak percaya ke tak tapi ia benar-benar berlaku kepada saya. Lepas balik rumah, solat semua, baru teringat balik mimpi-mimpi tu.

“Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui,” tulisnya lagi.