Ramai berpesta candat sotong di tepi lebuh raya, rupanya pemilik lori beri ‘green light’

Ramai berpesta candat sotong di tepi lebuh raya, rupanya pemilik lori beri ‘green light’

 

Trafik sesak di Lebuh Raya Guthrie (GCE) berpunca daripada sebuah lori nelayan yang membawa sotong terbalik di susur keluar persimpangan Elmina semalam.

Menurut sebuah hantaran video yang dimuat naik ke Tiktok oleh pengguna @_aimaan, video tersebut menunjukkan jalan sesak akibat orang ramai berhenti dan mengutip sotong yang tumpah di tepi jalan.

Melalui video itu, orang ramai membawa plastik serta mengutip sotong dengan kuantiti yang banyak dalam tong-tong, di atas rumput dan di jalan raya tanpa menghiraukan aspek keselamatan.

Kelihatan berpuluh-puluh tong ikan terdampar di tepi jalan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak senang dengan tindakan itu.

Malah ada yang menimbulkan hukum mengutip sotong itu kerana mungkin tidak mendapat izin daripada pemilik lori.

“Halal ke kalau ambil macam tu tanpa kebenaran pemilik? Sebab ia akan menjadi makanan yang masuk dalam perut dan menjadi darah daging.

“Dari segi hukum mengambil hak orang adalah haram,” kongsi seorang netizen.

Bagaimanapun, saksi kejadian lori terbalik di situ memberitahu bahawa pemandu lori tersebut membenarkan orang ramai mengambilnya, setelah mendapat keizinan majikan.

“Tauke sotong benarkan kutip, saya saksi kejadian,” kongsi seorang lagi netizen.

Video tular tersebut meraih 800,000 tontonan serta mendapat lebih 25,000 tanda suka.

@

♬ –