Rahsia cantikkan 7 bahagian tubuh guna minyak halba homemade, modal RM10 je, wanita ini kongsi caranya
MACAM-macam produk dah cuba termasuk supplement, tapi wajah tetap kusam dan berjerawat.
Solekan pun tak membantu kalau berada di kawasan terbuka dan panas, silap haribulan muka nampak bercapuk kerana pemakaian bedak asas dan mekap yang berlebihan.
Menerusi perkongsian Cikgu Pah, dua bahan ini dapat membantu anda yang mengalami masalah kulit wajah.
Kos pun tak sampai RM10 dan menggunakan bahan asas di dapur. Paling penting boleh digunakan untuk pelbagai dan sangat berbaloi!
Bahan-bahannya
1. 50gram halba (lebih bagus dikisar)
2. 100ml minyak zaitun
Cara penyediaannya
1. Masak dengan api yang perlahan selama 20 minit. Kacau lawan jam, kemudian biarkan sejuk.
2. Perap dalam botol semalaman. Lagi lama perap lagi bagus.
3. Tapis ambil minyaknya. Simpan dalam botol penyembur supaya mudah nak gunakan nanti. Kalau suhu bilik, minyak boleh tahan sehingga lima bulan.
4. Jangan buang hampas. Boleh buat scrub muka atau badan selepas campur dengan yogurt.
Cara menggunakannya
1. Sapu di muka sambil urut untuk kulit lembab dan mampu mengecutkan jerawat. Selain itu parut-parut pun pudar dan ia sesuai untuk kulit sensitif.
Selepas urut tak perlu cuci dan elok diamalkan sebelum tidur.
2. Boleh campur dalam sedikit yogurt untuk dijadikan masker muka. Biar dalam 20 minit kemudian cuci dengan air biasa.
3. Selalu sapu dan urut wajah dengan minyak ini, kulit semakin tegang dan garis halus serta kedutan berkurangan. Kekal awet muda!
4. Sapu di seluruh kepala setiap malam sambil urut kepala. Dapat membantu menjadikan rambut lebih sihat, lebat, tidak bercabang dan cepat panjang kerana minyak halba penuh dengan mineral seperti kalsium, magnesium, besi, dan vitamin B12 dan B6, yang dipercayai mempunyai manfaat optimum untuk kesihatan rambut dan kulit kepala.
Kulit kepala sihat dapat membantu melindungi kulit kepala yang kering, kelemumur serta gatal-gatal. Paling best rambut kurang gugur.
5. Minyak halba besarkan payudara. Ini rahsia orang lama. Selepas mandi, setiap hari ambil sedikit minyak dan urut buah dada 10 minit… nanti bulat elok buah dada tu. Nak lagi cepat montok boleh tambah minyak ikan (omega 3).
Ramuan ni boleh juga disapu pada punggung sambil urut. Selain membantu menaikkan punggung, kulit pun akan jadi warna sekata dan halus. Akan dapat hasil yang menakjubkan jika diamalkan secara konsisten.
6. Sapu setiap hari di kawasan kulit yang kering seperti kaki, siku, lutut dan tangan untuk dapatkan kulit lembap dan halus.
7. Sapu di belakang badan untuk kecutkan jerawat badan. Apa-apa pun, penggunaan perlulah istiqamah baru dapat hasil yang menakjubkan.