Baru 16 tahun, Qistina Raisah bangga dapat beli kereta Toyota Yaris guna duit sendiri
Baru 16 tahun, Qistina Raisah bangga dapat beli kereta Toyota Yaris guna duit sendiri.
Siapa sahaja yang tak bangga apabila diri mampu membeli sesuatu yang diingini menggunakan hasil titik peluh sendiri.
Itulah yang dirasai oleh pelakon Qistina Raisah setelah dia berjaya memiliki kereta pertamanya, Toyota Yaris.
Kata pelakon yang baru berusia 16 tahun ini, walaupun ia bukanlah kereta mewah namun dia bersyukur kerana sudah mampu membayar ansuran bulanan dengan duitnya sendiri.
Jelasnya menerusi Instagram, selama ini dia hanya menaiki kereta Proton Exora untuk ke mana sahaja termasuklah urusan kerja.
Katanya lagi, hampir 10 tahun kereta tersebut berjasa dengannya dan dengan kereta itu ah dia kini mampu membeli Toyota Yaris tersebut.
“Saya berjaya ke tahap ini dengan kereta Exora. Walaupun sekarang bukan kereta mewah tapi saya bersyukur dan saya bangga.”
Berdasarkan hantaran itu, Qistina memuat naik fotonya menerima kenderaan tersebut bersempena ulang tahun kelahirannya yang akan datang iaitu pada 1 Disember nanti.
Dia juga memberikan penghargaan buat ayahnya yang memudahkan urusan proses pembelian kereta tersebut serta ibunya yang tidak putus beri sokongan.