“Mereka nak jadikan saya puteri” – Elfira Loy dedah diganggu bunian lepas bergambar kat pokok buluh

“Mereka nak jadikan saya puteri” – Elfira Loy dedah diganggu bunian lepas bergambar kat pokok buluh
Pelakon Elfira Loy berkongsi kisah seram yang dialaminya ketika menjalankan penggambaran sebuah drama.
Menerusi podcast Sembang Seram, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri bercerita tentang pengalamannya diganggu makhluk halus ketika penggambaran drama Qalesya.
Lebih 30 hari saya berlakon dan lebih 30 hari juga saya sengsara nak melawan ‘benda’ itu.
Cerita ini tentang budak-budak sekolah agama, jadi penggambarannya adalah di sebuah chalet yang berada di Hulu Langat.
Chalet ini sangat cantik, jadi bila ada sahaja waktu rehat kami akan bergambar.
Menurut Elfira, selepas bergambar berdekatan pokok ketika waktu senja, dia merasakan ada sesuatu yang berbeza terutama dari segi emosinya.
Saya pula memang suka pokok-pokok dan bunga.
Suatu hari saya pun bergambar berhampiran pokok dan ketika itu nak dekat waktu maghrib.
Hari kedua saya rasa anxiety dan tak senang duduk jadinya. Rasa panas dan penat dengan penggambaran.
Bercerita lanjut, Elfira kemudian telah dibantu oleh seorang individu lelaki yang memberitahunya bahawa dia telah diganggu oleh bunian.
Ada seorang abang yang memang tahu tentang benda ini (mistik) dan dia selalu bertanya kepada saya, adakah saya okay.
Dia pergi belakang saya dan dia rasa panas, katanya ada anak-anak bunian yang ikut saya.
Pelakon berusia 31 tahun itu berkata, bunian tersebut mula mengganggunya selepas dia bergambar di kawasan yang terdapat pokok buluh.
Saya baru teringat saya ambil gambar dekat pokok buluh, kata mereka itu adalah tempat bunian duduk dan anak-anak bunian main.
Benda itu dah tertarik dengan saya dan anggap saya seperti kawan-kawan mereka. Ia membuatkan saya rasa lemah.
Selain itu, ada juga benda jahat yang berminat dengan saya.
Dalam masa yang sama, nama watak yang dibawa Elfira juga telah menyebabkan makhluk tersebut tertarik kepadanya.
Sebab bunian-bunian ni nak ikut saya kerana nama karakter itu adalah nama puteri mereka jadi mereka mahu jadikan saya puteri mereka.
@sembangseram lepasni nk amik gambar kena hati2 weh🥹 #Elfiraloy #Sembangseram #Ceritaseram #Kisahseram #Kisahhantu #Ceritahantu #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast