“Kenapa sejauh ini perginya?” – Berpakaian seperti wanita, PU Syed tegur Diva AA
“Kenapa sejauh ini perginya?” – Berpakaian seperti wanita, PU Syed tegur Diva AA.
Susulan mengenakan pakaian seperti wanita, pendakwah bebas PU Syed tampil memberi teguran kepada personaliti TV Azwan Ali.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menyifatkan pemakaian Azwan keterlaluan.
Saya nak tegur, kamu adalah orang yang dikenali seluruh masyarakat sebab kamu adalah seorang artis dan pengacara yang hebat suatu masa dahulu.
Tapi kenapa sejauh ini perginya? Kenapa perlu berpakaian seperti seorang wanita?
PU Syed kemudian berkongsi hadis Nabi Muhammad SAW berkenaan larangan umat Islam berpakaian menyerupai jantina yang berlainan.
Rasulullah SAW melaknat lelaki menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
Video ini viral dan memalukan kita sebagai umat Islam, bahkan kita perlu menentang perbuatan yang menyerupai berlainan jantina. Ia adalah perbuatan yang haram.
Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 42 tahun itu juga menasihati Azwan agar kembali berubah menjadi insan yang lebih baik.
Jadi mengapa mahu lakukan seperti itu? Tak ada ke kaedah lain untuk hidup di atas muka bumi Allah? Sedangkan kita dikenali, bukankah ia salah satu perkara yang mencemar agama sendiri?
Walaupun saya pasti, Azwan mempunyai ilmu dan pendidikan yang tinggi tetapi kenapa ke arah ini perginya?
Jadi Azwan Ali, janganlah buat begitu. Buatlah perkara lain yang lebih bermanfaat, berubah dan jadi lelaki semula, yang normal serta mempunyai kehidupan yang lebih baik.
Justeru, PU Syed menegaskan supaya Azwan meninggalkan perbuatan seperti itu dengan mendekatkan diri ke jalan Allah.
Bukankah melawan fitrah, ianya sangat memalukan? Terutama pada usia yang sepatutnya mendekatkan diri kepada Allah tetapi kita mendekatkan diri ke arah perkara lain.
Saya tegur bukan sekadar untuk dia tetapi kepada orang-orang yang di luar sana yang terikut dengan cara hidup ini supaya tidak membuat perkara tersebut. Ianya dilarang.
Terdahulu, tular video yang memaparkan Azwan sedang bernyanyi dan berpakaian wanita dalam sebuah majlis sambutan hari jadi.