Pusat beli belah ini bakal dijual pada harga RM100 juta

Pusat beli belah ini bakal dijual pada harga RM100 juta

 

Pusat beli belah ini bakal dijual pada harga RM100 juta

Asian Pac Holdings Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Primadana Utama Sdn Bhd, telah membuat keputusan besar dengan membeli Jaya Shopping Centre di Petaling Jaya, Selangor, dengan harga RM100 juta secara tunai.

Pembelian ini menandakan langkah strategik syarikat untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran hartanah retail di Malaysia, lapor The Edge.

Menurut pemfailan kepada bursa, Jaya Shopping Centre di Petaling Jaya merupakan sebuah pusat beli-belah tujuh tingkat yang meliputi keluasan sekitar 92,712 kaki persegi.

Petaling Jaya

Pusat beli-belah ini termasuk satu tingkat bawah tanah dan empat tingkat parkir bawah tanah dengan 786 tempat letak kereta.

Pada masa ini, kadar okupansi pusat beli-belah ini adalah 78%.

Vendor bagi pembelian ini adalah Jaya Section Fourteen Sdn Bhd, yang diketuai oleh beberapa pengarah termasuk Hooi Pik Ling, Amy Ng Lee Hoon, Sim Sin Ying, Wan Kwong Weng, dan Wong Su Cheng.

Asian Pac Holdings menyatakan bahawa pembelian ini akan dibiayai melalui gabungan dana dalaman dan pinjaman bank.

Walaupun pecahan pembiayaan belum dimuktamadkan, syarikat yakin bahawa langkah ini selari dengan strategi mereka untuk melabur dalam pusat beli-belah dengan matlamat meningkatkan pendapatan bersih hartanah.

Selepas pembelian ini, jumlah kawasan boleh sewa bersih (net lettable area) akan meningkat kepada 996,207 kaki persegi daripada 728,094 kaki persegi sebelum ini.

Kini, Asian Pac Holdings memiliki Imago Mall di Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut kenyataan syarikat, Jaya Shopping Centre terletak di lokasi strategik di tengah-tengah kawasan Petaling Jaya, dengan akses mudah melalui jalan-jalan utama dan lebuh raya.

Lokasi ini dijangka meningkatkan kemudahan dan jumlah pengunjung, sekaligus menjadikannya destinasi utama.

“Pembelian ini bukan sahaja akan memberikan aliran pendapatan berulang yang sedia ada, malah membolehkan kumpulan ini menubuhkan kehadiran di lokasi di luar operasi sedia ada. Premis di atas, lembaga pengarah optimis dengan prospek pembelian ini untuk meningkatkan prestasi kewangan kumpulan,” tambah kenyataan tersebut.

Sehingga 31 Disember 2024, Asian Pac Holdings mempunyai baki tunai dan bank sebanyak RM59.51 juta, dengan pinjaman jangka pendek sebanyak RM223.34 juta dan pinjaman jangka panjang sebanyak RM279.03 juta.

Selepas pembelian ini, syarikat menjangkakan nisbah bersihnya akan meningkat kepada 0.6 kali ganda daripada 0.51 kali ganda sebelum ini.

Sumber: Vocket