“Dia nak berotot” – Wanita sedih suami tegur punggung lembik, dipaksa bersenam

“Dia nak berotot” – Wanita sedih suami tegur punggung lembik, dipaksa bersenam

 

“Dia nak berotot” – Wanita sedih suami tegur punggung lembik, dipaksa bersenam

Tidak semua wanita mampu mendapatkan semula bentuk badan asal seperti zaman anak dara selepas melahirkan anak.

Walaupun ia sepatutnya tidak menjadi isu besar, namun situasi dihadapi wanita ini cukup mengganggu emosinya.

“Suami kata punggung saya lembik. Dia nak punggung saya berotot. Tapi semua punggung isteri yang lepas bersalin lembik,” ujarnya menerusi luahan di media sosial.

Lantaran itu wanita berkenaan berkata dia terpaksa mencuri masa dalam kesibukan menguruskan rumah tangga seorang diri untuk bersenam.

Segalanya dilakukan demi memenuhi kehendak suami.

Bagaimanapun jauh di sudut hatinya mengharapkan si suami mampu menerima seadanya memandangkan dia sudah cukup penat menjaga anak dan mengurus rumah.

“Bukan punggung saja dia nak berotot dan keras tapi perut pun sama. Perut pula buncit lepas melahirkan dua orang anak.

“Bukan normal ke untuk yang bergelar isteri? Penat kalau nak diikutkan. Saya nak suami terima apa adanya sebab saya uruskan segala hal rumah tangga.

“Suami hanya balik kerja, mandi dan makan lepas tu hadap telefon pula,” jelas si isteri dalam hantaran tersebut.

Luahan itu menarik perhatian ramai warganet yang rata-ratanya bersimpati, malah ada yang turut menyuarakan sokongan kepada wanita tersebut.

“Kalau dia bagi duit untuk cantikkan diri okey je. Kalau tahu minta je susah juga.

“Buat je sis untuk cantikkan diri. Penat jaga anak, urus rumah tu biasa. Isteri kan… kita sebagai perempuan kena kuat dan serba boleh,” ujar beberapa netizen memberi komen membina.

Ada juga yang sempat berseloroh, tetapi tetap memberi tamparan halus buat golongan suami.

“Lelaki jangan cakap je lebih. Kalau nak isteri kau cantik, bagi la duit lebih. Sekarang ni macam-macam ubat ada untuk ‘montok’, tegang dan ketat.

“Suami macam apa tu sis. Nampak sangat jenis suami yang tak boleh terima kekurangan bini dan kedekut,” kata beberapa netizen lain.

Sumber: mStar