“8 jam bersama ada yang butang baju terbuka, kain terselak” – Lelaki dedah punca skandal di pejabat

“8 jam bersama ada yang butang baju terbuka, kain terselak” – Lelaki dedah punca skandal di pejabat
Cabaran ekonomi masa kini membuatkan golongan wanita mula memasuki sektor pekerjaan dengan tujuan membantu meringankan beban kewangan suami.
Jumlah wanita bekerja juga meningkat saban tahun termasuklah mereka yang sudah mendirikan rumah tangga.
Seorang pengguna media sosial berkata, peningkatan penyertaan golongan itu juga mendedahkan mereka kepada masalah skandal di pejabat yang semestinya mengundang dosa.
Katanya, selama lapan jam lelaki dan wanita akan bekerja bersama di pejabat dalam sepanjang tempoh itu pelbagai perkara boleh berlaku sekiranya batas pergaulan tidak dijaga.
“Lapan jam bekerja bersama ada ketika perempuan mencangkung ambil barang, tudung terselak, butang baju terbuka, tali baju dalam terlihat, kain terselak, bentuk pinggul dan dada yang menghairahkan.
“Semua ini dilihat oleh rakan pejabat lelaki setiap hari. Belum lagi bau minyak wangi, mekap dan pakaian cantik yang menggoda.
“Maka yang lelaki wajib menjaga pandangan. Menghormati wanita. Tidak terlalu rapat terutama dengan isteri orang,” katanya.
Individu itu juga berkata wanita yang bekerja khususnya wajib menjaga pandangan dan menjaga aurat mereka.
“Elakkan terlalu bermesra dengan lelaki yang bukan ajnabi. Tambah-tambah suami orang, wanita berkahwin, lagi kena jauhi.
“Lapan jam bekerja bersama, kadang-kadang membuat seseorang lebih ‘kamcing’ (akrab) dengan rakan sekejera berbanding suami atau isterinya,” katanya.
Jelasnya perkara itu boleh berlaku sekiranya lelaki dan perempuan tidak tahu batas-batas dalam pergaulan, apabila ada yang keluar makan sekali, naik kereta bersama dan pelbagai situasi lain.
“Setakat tersentuh kulit semasa ‘pass’ barang tu biasa. Berlaga bahu, gurau tepuk bahu pun dah biasa.
“Itu belum lagi luar waktu kerja, rakan sekerja WhatsApp, bergurau, dan sembang benda di luar urusan kerja,” katanya.
Tambahnya, situasi adalah berbeza apabila mereka pulang ke rumah dalam keadaan badan kepenatan dan akhirnya terus tidur tanpa melayan pasangan.
“Nak bersembang suami isteri dapat la sejam dua. Kemudian masuk bilik tidur. Esok pagi pergi kerja lagi.
“Allahuakbar. Menakutkan. Semoga Allah pelihara kita dan ahli keluarga kita dari fitnah ini,” katanya.