Puad ingatkan Tengku Zafrul supaya jadi pemimpin ‘berjiwa rakyat’ bukan ‘berjiwa banker’

Puad ingatkan Tengku Zafrul supaya jadi pemimpin ‘berjiwa rakyat’ bukan ‘berjiwa banker’

AHLI Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengingatkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya menjadi pemimpin ‘berjiwa rakyat’ bukan ‘berjiwa banker’.

Mohd Puad berkata, dalam situasi mendesak ketika ini rakyat memerlukan bantuan kerajaan termasuk pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium pinjaman.

“Tengku Zafrul kata, KWSP bukan bank. Rakyat memang tahu. Rakyat bukan mahu keluarkan caruman mereka setiap hari.

“Masalahnya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang jadikan KWSP macam bank. Kalau rakyat dah tengah susah kenapa nak keluarkan sikit pun tidak boleh?,” soalnya dalam hantaran Facebook.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu berkata, sememangnya KWSP adalah simpanan hari tua pencarum namun ia boleh dipertimbangkan dalam situasi mendesak ketika ini.

“Betullah itu simpanan hari tua. Tua sampai bila? Sampai mereka mati kebuluran?,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Puad mempesoalkan kenyataan Tengku Zafrul yang mendakwa kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal atau memaksa bank dalam isu pemberian moratorium sedang

“Tetapi dalam isu moratorium, Tengku Zafrul kata kerajaan tidak boleh paksa Bank. Kerajaan tidak kawal bank. Bukankah kerajaan yang keluarkan lesen bank?

“Tengku Zafrul kena tahu apa itu ‘pemimpin berjiwa rakyat’. Bukan pemimpin berjiwa banker,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan tidak mempunyai kuasa perundangan untuk menentukan apa yang dapat disediakan oleh moratorium bank atau bagaimana ia dilaksanakan.

Tengku Zafrul berkata, moratorium itu adalah hasil perbincangan antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank-bank.

Moratorium pilihan yang diumumkan kerjaan baru-baru ini adalah untuk kumpulan B40, mereka yang kehilangan pekerjaan, dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sumber: Malaysiapost