Satu representasi ditolak, PU Azman sudah hafal satu juzuk al-Quran dalam penjara

Satu representasi ditolak, PU Azman sudah hafal satu juzuk al-Quran dalam penjara

 

Satu representasi ditolak, PU Azman sudah hafal satu juzuk al-Quran dalam penjara

Hari ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak salah satu representasi yang dikemukakan penceramah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Seremban.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi di Mahkamah Sesyen ketika sebutan kes di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Menurut laporan Harian Metro, Rasyidah Murni berkata, representasi membabitkan mangsa lelaki berusia 17 tahun ditolak AGC dan akan diteruskan untuk perbicaraan dengan pertuduhan asal, manakala representasi bagi mangsa lelaki berusia 16 tahun sudah diterima.

Peguam, Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah yang mewakili PU Azman memohon tarikh singkat kepada mahkamah bagi berbincang dengan anak guam mengenai arahan seterusnya berhubung keputusan representasi itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Disember depan untuk sebutan bagi status kes PU Azman di Penjara Kajang.

Dalam pada itu, Mohamad Zahid ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau tidak dapat mendedahkan secara terperinci keputusan representasi kerana tidak mahu mendahului mahkamah dan mahu merujuk kepada anak guam.

Beliau juga berkongsi perkembangan terbaharu PU Azman yang berada dalam keadaan sihat di Penjara Kajang.

“PU Azman pesan supaya doakan dia… Alhamdulillah dia okay di Penjara Kajang dan hikmah di sebaliknya dia maklumkan sudah hafal satu juzuk di sana,” katanya.

Azman dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban pada 12 Oktober 2022 atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai 2022.