Wanita di Afrika Selatan kongsi sebab pilih Proton X50 berbanding jenama lain

Wanita di Afrika Selatan kongsi sebab pilih Proton X50 berbanding jenama lain

 

Wanita di Afrika Selatan kongsi sebab pilih Proton X50 berbanding jenama lain

Tahukah anda bahawa jenama Proton berjaya mengukuhkan kedudukannya dengan mengeksport sejumlah 1,000 unit ke Afrika Selatan pada tahun 2022 dan kini mendapat kepercayaan pengguna di sana?

Tular sebuah video menerusi akaun TikTok Proton International yang memperlihatkan reaksi seorang pemilik kereta jenama nasional di Afrika Selatan.

Di dalam video itu, pelanggan bernama Lisa mendedahkan dia sebuah kereta SUV compact, X50 dengan varian mewah berwarna kelabu metalic dan mendakwa sangat menyukainya.

“Kereta ini dipanggil dengan nama manja ‘Daisy’”, ujarnya.

Apabila disoal mengapa jadikan Proton X50 sebagai pilihan, dia berkongsi idea ini bermula pada pertengahan tahun lalu yang mana mahu mendapatkan kereta baharu.

Setelah diteliti sejumlah jenama di dalam pasaran, dia mendapati jenama Proton memenuhi kriteria yang dimahukan termasuklah berkaitan servis selepas jualan, jenis sokongan yang diterima selepas pemilikan dan juga ciri keselamatan yang terjamin untuk kegunaan keluarga.

Tambahnya, kereta X50 turut mempunyai mod Sport yang bakal memberi kuasa yang diperlukan untuk situasi tertentu.

Menjadikan dia merasa pilihannya adalah tepat seperti yang dijangkakan apabila kereta miliknya mengalami sedikit isu di mana kedengaran bunyi angin pada cermin sisi dan semua itu diselesaikan dengan pantas dan efisien.

Dia juga berpeluang menikmati kereta X90 sebagai pinjaman untuk  kegunaan seharian sementara kereta miliknya dibaiki terlebih dahulu di pusat servis.

Secara keseluruhannya, dia sangat berpuas hati dengan pilihan ini dan akan mengikuti perkembangan jenama ini di masa kelak.

Perkara lain yang turut dipuji adalah rekaannya yang moden dan elegan sekaligus memberikan imej yang gah di atas jalan raya. Dia juga gembira kerana kelebihan waranti selama 5 tahun sekaligus tidak perlu pening kepala dengan kos servis dan seumpamanya.

@protoninternational

“It’s more than just a car—it’s my daily thrill. That was what Lisa told our team at @Proton South Africa when we sat down with her last year to talk about her Proton X50. #ProtonSouthAfrica #protoninternational #ProtonX50

♬ original sound – Proton International – Proton International

“Ia lebih dari sebuah kereta, ini adalah keterujaan seharian saya,” ujar Lisa.

Menariknya, dia hanya mengambil masa 3 minit sahaja dari percubaan pemanduan dan terus jatuh hati dengan model itu. Malah, dia sedia menyarankan orang ramai dan kenalan rapat untuk pertimbangkan membeli kereta dari jenama Proton.