“Protect perempuan lain melebihi aku sebagai isteri” – Cik Epal dedah tentang wanita yang dilindungi Jofliam
Selepas memaklumkan mengenai perceraiannya, pempengaruh terkenal Cik Epal ada memuat naik hantaran menegaskan bahawa dia tidak akan kembali rujuk untuk bersama bekas suaminya, Jofliam.
Cik Epal menyatakan mahu memperbaiki diri kepada versi yang lebih baik selain fokus untuk membesarkan dua orang anaknya.
Pun begitu, Cik Epal dilihat memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story seakan meluahkan apa yang dipendam selama ini.
Dalam hantaran lain di Instagram Story, dia turut berkongsi mengenai seorang wanita yang telah dilindungi oleh bekas suaminya lebih dari dirinya ketika masih berstatus isteri.
Jelasnya, sejak kejadian di Milan tempoh hari, menjadi titik tolak untuk dia benar-benar nekad mengakhiri perkahwinan tersebut.
“The moment dia boleh membenarkan ada perempuan lain dalam hati dia, protect perempuan lain melebihi aku sebagai isteri dia, so aku tahu tempat aku di hati dia dah jauh.”
Cik Epal turut mendedahkan satu mesej perbualan WhatsApp daripada bekas suaminya. Katanya, dia seakan didesak oleh bekas suaminya yang mahu beberapa perkara djelaskan kepada umum.
Bagaimanapun, dia mempertikaikan mengapa dirinya perlu menjernihkan keadaan sedangkan bukan dirinya yang terlebih dahulu mendedahkan kemelut rumah tangga mereka.
Cik Epal dan Jofliam berpisah selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.