Promosi guna influencer lelaki menyerupai wanita, KDA FC diminta beri penjelasan
Promosi guna influencer lelaki menyerupai wanita, KDA FC diminta beri penjelasan
Tular satu video yang merakamkan seorang pempengaruh lelaki menyerupai wanita sebagai salah satu kempen untuk mempromosikan tarikan penyokong dalam kalangan wanita untuk hadir ke stadium Darul Aman.
Perlawanan antara Kedah menentang Kuala Lumpur pada malam tadi dikatakan menawarkan tiket percuma kepada kaum wanita.
Bagaimanapun, promosi berkenaan telah mengundang kritikan ramai.
Susulan itu juga, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kuala Kedah, meminta Kedah Darul Aman (KDA) FC memberikan penjelasan berhubung video berkenaan.
Ujar beliau, video berkenaan telah memalukan sukan bola sepak di negeri tersebut selain menyatakan tindakan berkenaan tidak kena dengan gaya dan dalam masa yang sama dianggap satu penghinaan kepada wanita Kedah.
“Kandungan video ini sangat tidak bersesuaian dengan penggunaan bahasa, gaya penyampaian atau bahan promosi yang kurang sopan, sensitif dan bertentangan dengan nilai budaya di Kedah serta penerimaan peminat bola sepak tempatan.
“Bola sepak adalah sukan sihat yang bermanfaat, jangan tunjukkan keburukan yang boleh menjadi ikutan masyarakat terutamanya kanak-kanak,” katanya.
Dalam pada masa katanya, reputasi dan imej professional pasukan sangat mempengaruhi keyakinan penaja dan juga pelabur.
Difahamkan, video yang dimuat naik dalam Facebook rasmi KDA FC telah dipadamkan, namun video tersebut masih tular di platform lain.
@iamdannyevan Todia !!! hahahaa Pkat Mai stadium Darul Aman malam ni qamai2 noh !!! Yg pomouan2 masuk free malam ni…Kedah Vs KUL !! Jumpa malam ni !! ahhahaha
♬ original sound – Danny Evans Official – Danny Evans Official