“Poligami ini ada dalam syarak. Saya tak kata mahu dan saya juga tak kata saya tak mahu.
“Kalau dah tertulis takdir akan berpoligami, saya nak cakap apa?” – Amar Baharin
![“Kalau dah tertulis takdir akan berpoligami, saya nak cakap apa?” – Amar Baharin “Kalau dah tertulis takdir akan berpoligami, saya nak cakap apa?” – Amar Baharin](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2024/12/1-105-e1735397395480.jpg)
“Kalau dah tertulis takdir akan berpoligami, saya nak cakap apa?” – Amar Baharin
Pelakon Amar Baharin tampil memberi pendapat berhubung penerimaannya terhadap isu poligami.
“Apa yang jadi akan datang kita tak tahu, kalau dah tertulis takdir Allah akan berpoligami, saya hendak cakap apa?
“Saya lebih kepada berserah,” ujarnya kepada Gempak.
Suami kepada pelakon dan pengacara Amyra Rosli itu kini hanya memberi fokus kepada keluarga kecilnya saja.
“Secara peribadi saya dan rumah tangga saya rasa dah sempurna, dah cukup dah, Alhamdulillah.
“Kini hanya fokus pada anak-anak dan membesarkan mereka saja,” katanya lagi.
“Kalau orang benci, Alhamdulilah, karakter itu berjaya.
“Ada yang kata bodoh dan pelbagai lagi kata-kata menjurus kepada watak Dhani.“Kalau dia komen itu berdasarkan drama yang dia tengok, saya okey saja. Mungkin dia faham dengan drama itu. Saya gembira kalau begitu.
“Tetapi kalau dia komen lebih kepada personal untuk saya mungkin saya akan jawab dan balas, tapi selalunya saya tak layan.
“Kalau lebih-lebih sangat saya block saja,” tutupnya.