Ini sebab kenapa banyak Alphard, Vellfire guna nombor plat putih

Ini sebab kenapa banyak Alphard, Vellfire guna nombor plat putih

 

Ini sebab kenapa banyak Alphard, Vellfire guna nombor plat putih

Pada hari ini jika nampak rekaan nombor plat berwarna putih, semua orang tahu ia digunakan khas untuk kenderaan EV.

Bagaimanapun, sejak beberapa hari lalu terdapat banyak kereta MPV Toyota Vellfire, Alphard menggunakan rekaan nombor plat putih itu di atas jalan raya.

@azlimukhtar

♬ เสียงต้นฉบับ – 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐜 𝐒𝐭𝐚𝐫💫(𝟏.𝟒𝐌) – 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐜 𝐒𝐭𝐚𝐫💫(𝟏.𝟓𝐌)

Bagaimanapun dakwaan netizen pihak VIP menyalahgunakan pangkat adalah tidak benar sama sekali.

Memetik laman Carz.com, difahamkan kereta-kereta MPV tersebut menggunakan nombor plat sedemikian adalah ‘preview‘ untuk menunjukkan bagaimana nombor plat baharu yang bakal digunakan selain daripada kenderaan EV kelak.

Sementara kenderaan-kenderaan itu digunakan untuk membawa individu penting dari negara-negara ASEAN.

Sumber Gambar: Carz.com

“Toyota Alphard dan Vellfire yang digunakan untuk membawa menteri telah dipasang dengan JPJePlate sementara yang mengandungi pengecam tersendiri.

“ATM bermaksud ASEAN Transport Ministers, sementara STOM (Senior Transport Officials),” petik portal tersebut.

Pada 18 hingga 22 November lalu, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 dan Mesyuarat Pegawai Kanan Pengangkutan (STOM) ke-58 di Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini akan menghimpunkan pemimpin pengangkutan ASEAN, penggubal dasar dan pakar industri untuk terlibat dalam perbincangan peringkat tinggi tentang memajukan ketersambungan serantau dan global, serta memupuk kemakmuran ekonomi.

Difahamkan Mesyuarat ATM dan STOM 2024 berfungsi sebagai pemula kepada Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025, petik BERNAMA.