PKP, PKPB, PKPD dan PKPP

PKP, PKPB, PKPD dan PKPP

Semua sebenarnya dah naik jelak (sesetengah tempat kata muak) dengan tajuk-tajuk ini. Apa tidaknya, dah masuk tahun kedua kita disajikan dengan benda-benda ini. Hari-hari kita mendengar kes itu dan kes ini, tempat itu dan tempat ini, kena PKP, PKPB, PKPD dan PKPP. Dan entah apa-apa lagi istilah. Sampai nak menyebutnya pun kengkadang tersasul.

Beginilah. Kita semua tahu virus itu tidak mempunyai kaki. Kita yang memberinya kaki, dan kesinambungan untuk terus “survive” (nak kata “hidup” pun tak berapa betul sebab sepatutnya virus bukan benda bernyawa). Dan semua tahu ia tak boleh survive lebih dari 14 hari tanpa “host body” yang sihat.

Jadi jawapannya buatlah Total Lockdown. 14 hari sahaja, tetapi mesti “total”. Bukan “half-baked” (separuh masak). Saya dapat agak ramai yang akan bangkit dan mengatakan “…tapi bagaimana dengan kami golongan yang cari makan dengan berniaga…” Memang tidak dinafikan, mata pencarian akan tersekat seketika. Di sinilah kerajaan dan semua NGO patut memainkan peranan. Bantulah sekalian rakyat, beri segala moratorium, zakat dan sebagainya kepada yang memerlukan. Biar kita paranoid. Biar kita takut nak keluar, biar kita takut nak pegang tombol pintu dan tekan butang lift. Balik dari shopping barang dapur, letak dulu barang kat luar rumah tiga hari. Bungkusan dari Shopee pun kita sanitize dulu. Tak apalah kalau “overkill” sekalipun. ‘Better Safe Than Sorry’, kata pepatah Inggeris.

Jangan buat lockdown tapi boleh pergi sekolah, boleh pergi melancong, boleh pergi Pasar Ramadhan. Boleh segalanya, semuanya atas nama ekonomi. Cuma yang kekal tak boleh ialah pergi Masjid dan pergi Parlimen. Mungkin sebab pergi masjid takde faedah ekonomi. Tak menjana pendapatan negara. Atau mungkin untuk menjustifikasikan Perintah Dharurat (yang entah apa gunanya) dan untuk menjaga kepentingan politik golongan tertentu. Dan ada pula “double standard” atau “antara dua darjat” antara golongan Kayangan dan golongan Marhaen. Seolah-olah virus Covid/Convid/Kobid mengenal semua itu.

Rakyat dah penat. Dah jenuh nak menghafal (dan menyebut) definasi-definasi PKPB, PKPD dan PKPP. Dan nak faham the “distinction” serta nak “distinguish” apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Dan saksikan golongan Kayangan langgar SOP sesuka hati sebab “…apa deme nak heghan, saman boleh bayor…” sambil tengok golongan Marhaen terus kena saman dan denda diluar tahap kemampuan mereka. Dan para ustaz dan lebai berebut keluarkan dalil dan fatwa yang kita tahu cuma “working backwards” dan “bending backwards” mempertahankan periuk nasi mereka demi “Ulil Amri” yang mereka sokong. Kepada siapa lagi rakyat nak menaruh kepercayaan.

Sudahlah tu. Cukup-cukuplah. Kalian tak kisah dengan taktik “nanti dulu” dan “ tunggu dan lihat” kerana kalian tetap duduk di kerusi empuk, boleh ke pejabat, boleh “work from home”. Gaji dengan selesanya masuk puluhan ribu. Boleh tengok Netflix, iFlix dan Apple TV. Boleh main PS4, Wii dan Switch. Boleh karaoke di rumah. Setengah tu swimming pool pun ada di rumah. Tapi bagaimana kami yang kena bawa Grab, Food Panda dan sebagainya. Yang berhimpit dalam flat yang sempit. Dan serba kekurangan.

Jadi buatlah Total Lockdown tu segera. Pada masa yang sama tumpukan beri bantuan kepada yang memerlukan. Berilah bantuan dalam bentuk moratorium, zakat dan sebagainya. Biar kami berkorban dalam 14 hari ini. Sekurang-kurangnya itu ada lebih baik dari kami tetap di dalam ketidaktentuan selama hampir dua tahun. Hingga entah bila lagi.

Terimalah kenyataan. Kita pernah berjaya, dan hampir sekali lagi berjaya. Sehinggalah kejayaan kita terencat kerana ada rampasan kerajaan. Dan sekali lagi bila kita ambil jalan bahaya (dan selfish) adakan juga Pilihanraya Negeri Sabah. Tanpa mempedulikan keselamatan rakyat. Selepas itu longgarkan syarat kuarantin untuk golongan tertentu. Itu yang jadi punca gelombang kedua. Untuk kepentingan politik golongan tertentu juga.

Ini ialah masalah kesihatan. Mungkin untuk menanganinya kita harus korbankan seketika kepentingan ekonomi dan kepentingan politik. Apatah lagi kepentingan hiburan. Tak lama, 14 hari sahaja. Paling lama pun 21 hari. InsyaAllah, kita boleh lihat angka jangkitan menurun dengan mendadak.

Tetapi jangan lupa, bantulah golongan Marhaen sedaya mungkin. Golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. InsyaAllah, rakyat boleh survive. Rakyat boleh saling bantu membantu. Bila hati tak sakit, ramai yang sanggup berkorban. Keringat dan harta. Barulah betul Kita Jaga Kita.

Rakyat dah tak percaya lagi pada statistik. Ia dilihat sebagai boleh dimanipulasi. Ia dilihat boleh “diadjust” tinggi atau rendah bila perlu untuk justifikasikan sesuatu perkara. Sekadar cukup tinggi untuk menjustifikasikan Dharurat, tetapi tidak cukup tinggi untuk membuatkan rakyat panik dan marah. Lama-kelamaan, rakyat dah tak tunggu lagi sidang akhbar harian.

Jangan sampai rakyat dah tafsirkan “PK” tu sebagai “Pikir”. Masa tu, fikir-fikir la sendiri.

Boleh “Like” dan “Share” kalau rasa setuju. Abaikan saja kalau tidak setuju. Okay, sahur dah ready, saya nak makan dulu. Take care.

#PrayForMalaysia #KitaJagaKita #KitéJagéKite #Kayangan #Marhaen #AntaraDuaDarjat #WeLiveOnTheSamePlanetButInTwoDifferentWorlds #PKP #PKPB #PKPD #PKPP #MCO #EMCO #RMCO #SaluteFrontliners

This ia a posting by a friend…which.make sense..!

Shahrulezad Mohameddin