“Bila free je kita jumpa” – Enggan kahwini lelaki bujang, wanita pilih suami orang untuk jadi pasangan

“Bila free je kita jumpa” – Enggan kahwini lelaki bujang, wanita pilih suami orang untuk jadi pasangan

 

“Bila free je kita jumpa” – Enggan kahwini lelaki bujang, wanita pilih suami orang untuk jadi pasangan

Seorang wanita berhijab membuat pengakuan berani apabila mengakui memilih lelaki berstatus sudah berkahwin untuk mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu tersebut berkongsi detik pertemuan dengan lelaki yang berstatus suami dan menjalinkan hubungan jarak jauh selama lima tahun.

Menurutnya, lelaki itu serius ingin mengahwininya sehingga kini.

Pada ketika itu, umur dia hampir 50 tahun.

Permulaannya kami hanya berbincang tentang urusan kerja.

Saya uruskan remaja yang nak sambung belajar. Lelaki ini pula merupakan ayah kepada remaja tersebut.

Daripada itu mulalah bergurau senda dan detik-detik berkawan.

Tambahnya, dia tertarik dengan usaha lelaki tersebut yang sentiasa mencari masa untuk menghubunginya.

Berkongsi lebih lanjut, wanita tersebut akui enggan dengan lelaki berstatus bujang kerana perlu meluangkang masa dengan pasangan.

Saya ada tanggungjawab besar dengan keluarga. Saya jaga ibu bapa dan adik saya. Masa saya banyak dengan keluarga.

Saya berfikir ketika itu, kalau kahwin dengan lelaki bujang saya kena luangkan masa dengannya.

Kalau dengan suami orang, hanya masa-masa tertentu saja kami akan berjumpa.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah berkahwin dengan suami orang selagi masa bersama keluarganya tidak diganggu.

@tulin.shopmy

Macam ni pon ada ea! Pening lah kite 🙃 Episod penuh di Youtube Studio TULiN #curangtanpaniat #orangketiga #sondol #suamiorang #skandal #yourhijabcolorexpert #tulin

♬ original sound – TuLinMy – TuLinMy