Boleh ke ambil pil pencegah haid untuk puasa penuh? Ini penjelasan Ustazah Asma’ Harun

Boleh ke ambil pil pencegah haid untuk puasa penuh? Ini penjelasan Ustazah Asma’ Harun
Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun tampil menjawab pertanyaan mengenai pengambilan pil pencegah haid di bulan Ramadan bagi tujuan puasa penuh.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustazah Asma’ memaklumkan bahawa hukum wanita mengambil pil pencegah haid adalah harus, dengan syarat atas izin suami.
Bagi wanita yang mengambil pil pencegah haid di bulan Ramadan, kalau suami izinkan, jawapannya adalah dibenarkan.
Hukumnya harus.
Dia tidak memudaratkan tetapi selepas dua tiga bulan, aturan haid itu akan menggangu sedikit.
Berkongsi lebih lanjut, Ustazah Asma’ menerangkan mengenai hikmah kepada wanita yang diberi cuti oleh Allah daripada beribadah.
Sebenarnya ada hikmah besar, kalau kita reda dengan apa yang berlaku.
Kita tidak menganggu proses toksik itu dikeluarkan.
Kedua, bila datang haid itu, wanita gembira sikit. Sebab cabaran lebih berat dari orang lelaki untuk solat.
Nak ambil wuduk banyak perkara perlu diselesaikan. Sebab itu ramai wanita sanggup tinggalkan solat sebab susahnya untuk berwuduk.
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ menyatakan wanita yang datang haid juga boleh meneruskan amalan dengan mengamalkan surah-surah lazim Al-Quran.
@ustazahasmaharun BOLEH KE AMBIL PIL CEGAH HAID UNTUK PUASA SEBULAN? #uahsahabatduniaakhirat #ramadan #puasa #fyp