Selepas video keadaan fasiliti tular, pihak universiti sudah cat semula dinding berkulat di asrama

Selepas video keadaan fasiliti tular, pihak universiti sudah cat semula dinding berkulat di asrama

 

Baru-baru ini tular di platform TikTok tentang perkongsian seorang penuntut sebuah universiti awam berkenaan keadaan fasiliti di asrama yang dihuninya.

Dalam video yang berdurasi selama 9 saat itu, dapat dilihat cat di dalam bilik asrama itu agak usang kerana telah mempunyai kesan-kesan hitam pada dinding.

Selain itu, dinding di dalam tandas juga berkulat manakala cat dinding di tempat menjemur pakaian juga dilihat berlumut.

Namun, dalam perkongsian terbaru pelajar tersebut, dia mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan universiti kerana telah mengecat semula dinding yang berkulat dan berlumut itu agar lebih selesa untuk digunakan oleh para pelajar.

@miyyaa01

Replying to @A I N G Terima Kasih UITM 🫶🏼 #uitm #uitmdihatiku #unipurple #viraltiktok

♬ untouchable by taylor swift – ˚⟡˖🎧˖⟡˚

Dalam video terbaru berdurasi 13 saat yang dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai miyyaa01 itu, dapat dilihat bahawa dinding tandas dan tempat menjemur pakaian telah dicat semula dengan warna putih.

Selain itu, cermin tandas yang sebelum ini dilihat sangat kotor juga telah ditanggalkan dari dinding.

Pelajar tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada pihak UiTM kerana mendengar keluhan pelajar tentang fasiliti di universiti.

Ini kerana fasiliti universiti yang baik akan membolehkan mahasiswa untuk belajar dalam situasi yang lebih kondusif.