Petua nak bagi lantai jadi berkilat, rupanya ini ‘rahsia’ kontraktor kerja pembersihan

Petua nak bagi lantai jadi berkilat, rupanya ini ‘rahsia’ kontraktor kerja pembersihan

 

Membayangkan kerja mencuci lantai sahaja sudah cukup buatkan kita terasa penatnya.

Ditambah pula, kita akan berasa kecewa apabila lantai yang sudah dimop bersungguh-sungguh tetapi tetap nampak tak bersih dan berkilat.

Kebiasaannya masalah ini terjadi pada lantai jubin hingga menyebabkan ramai yang sanggup membeli pencuci jenama mahal untuk mendapatkan hasil lebih baik.

Namun, ada bahan ‘rahsia’ digunakan Heze Zamri untuk menjadikan lantai di rumah lebih berkilat.

Menurut wanita itu, dia menggunakan pencuci pinggan di rumahnya sahaja untuk menjadikan lantainya bukan sahaja bersih malah kelihatan licin berkilat.

2128988

Dalam pada itu, jelas Heze, dia pernah menggunakan pencuci lantai biasa untuk mengemop lantai namun hasilnya tidak memuaskan.

“Petua nak bagi lantai jubin licin dan berkilat. Guna pencuci pinggan saja.

“Tuangkan sedikit cairan kemudian bancuh bersama dengan air paip sebelum mengemop sambil mendengar di YouTube.

“Sebelum ni saya mop guna sabun lantai biasa. Hampir 10 kali lap debu-debu pasir masih kelihatan kesan daripada ubah suai rumah.

“Rupanya guna pencuci pinggan sekali saja terus bersinar!” katanya.

No photo description available.

Jelas wanita itu, petua tersebut merupakan perkongsian daripada saudara ibunya, Hussin yang bekerja sebagai kontraktor perkhidmatan pembersihan di Kuala Lumpur.