‘Peti ais umur 40 tahun ingin dilepaskan RM20,000’
‘Peti ais umur 40 tahun ingin dilepaskan RM20,000’
Seorang lelaki mahu jual peti ais buruk berusia 40 tahun dengan harga RM20,000 dengan mendakwa peralatan elektrik tersebut masih boleh digunakan.
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai abang_mat2023, dia telah memuat naik video menawarkan peti ais yang telah buruk kepada orang ramai dengan membuka harga RM20,000.
@abang_mat2023 Hidup di kampung penuh cabaran, namun dengan ketabahan dan semangat, kita mampu menghadapinya. Setiap ujian adalah langkah menuju kejayaan, dan Allah sentiasa bersama kita. Terus berdoa dan percayalah, setiap kesukaran akan ada jalan keluar. #inspirasidariabangmat #jhjk #tiktokmalaysia #fyp
Jelasnya, peti ais berkenaan sudah berusia lebih 40 tahun kerana sudah ada sejak dia bayi lagi dan tidak pernah mengalami kerosakkan serta masih berfungsi sehingga ke hari ini.
Disebabkan itu, dia mahu melepaskan peti ais berkenaan dengan harga yang dinyatakan memandangkan cukup tahan walaupun sudah berpuluh tahun digunakan.
Dia yang memaklumkan telah membeli peti ais baharu buat ibunya turut menyertakan beberapa nasihat kepada orang ramai dengan menceritakan tentang usahanya mengubah nasib keluarga sehingga mampu membeli barang elektrik baharu untuk menggantikan yang lama.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing sukar menerima harga RM20,000 yang diletakkan oleh pengguna TikTok itu untuk menjual peti ais buruk berkenaan.
Ada juga yang menyarankan untuk pengguna TikTok tersebut menyimpannya dengan lebih lama agar dapat meningkatkan harga dari RM20,000 kepada yang lebih tinggi.
Apa-apa pun, terpulang kepada masing-masing untuk membelinya kerana harga tersebut dilihat sangat tinggi untuk usia peti ais yang sudah berusia puluhan tahun itu.