Perodua rungkai mitos tekan butang ‘push start’ 3 kali untuk hidupkan enjin kereta

Perodua rungkai mitos tekan butang ‘push start’ 3 kali untuk hidupkan enjin kereta

 

Perodua rungkai mitos tekan butang ‘push start’ 3 kali untuk hidupkan enjin kereta

Sejak dahulu lagi ada kelompok yang percaya  untuk ‘jaga’ enjin kereta, kena tekan butang push-start sebanyak tiga kali terlebih dahulu.

Ramai yang mempercayai ‘amalan’ tersebut, namun ramai juga yang menafikannya.

Bagaimanapun baru-baru ini Perodua tampil memberi penjelasan berhubung amalan tersebut.

Menerusi satu video dikongsikan TikTok @perodua, pihak syarikat menjelaskan beberapa ‘amalan’ yang sering digunakan orang ramai , namun ia bukanlah satu langkah yang betul.

@perodua

@fuadnasirr kata nak jimat minyak kena tutup aircond ketika memandu, betul ke? 🤔 Jom tengok Abang Perodua rungkaikan mitos-mitos ni! Perodua WeGoBeyond

♬ original sound – Perodua – Perodua

Menurut Perodua, cukup sekali sahaja tekan butang tersebut sambil memijak pedal brek untuk menghidupkan kereta.

Ini kerana enjin kereta pada hari ini sudah jauh lebih moden berbanding dahulu.

“Jika tekan tiga kali, ia akan masuk mod aksesori,” kata Perodua.

Selain itu, Perodua juga berkongsi tips-tips yang sepatutnya pemilik kereta tahu.

Antaranya jumlah tekanan angin diperlukan oleh sesuatu kereta. Pemilik boleh melihat pelekat rujukan yang dilekatkan pada panel pintu.

Ia dapat memberikan tayar berfungsi dengan kadar optimum.

Selain itu Perodua turut menyatakan amalan menutup penghawa dingin semasa memandu bukanlah ‘menjimatkan minyak’, sebaliknya ia lebih makan minyak.

Apabila penghawa dingin secara sederhana membuat penggunaan minya lebih menjimatkan.

Sekarang bolehlah anda kongsikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mengenai ‘amalan’ yang disangkakan betul, rupa-rupanya ia tidak benar sama sekali.