Dua sahabat berjalan kaki dari Perak ke Mekah

Dua sahabat berjalan kaki dari Perak ke Mekah

 

Dua sahabat berjalan kaki dari Perak ke Mekah

Dua orang lelaki sudah mula jalan kaki dari Perak ke Mekah bagi merealisasikan impian mereka mahu tunai haji tahun 2025.

Menerusi hantaran di akaun TikTok Bukhariellia, dia dan seorang lagi individu dikenali sebagai Azizul sudah memulakan perjalanan  dari di Masjid Jamek Kampung Changkat Lobak, Bagan Serai, Perak pada  1 Disember 2024.

@qoryellia

Bismillah❤️. #caridanterusmencari #pengembaraanhaji #menujumakkah #lambaiankaabah #terimakasihorangbaik #manusiayangpenuhdosa #fypagetiktok #fypforyoupageシ #fypforyou #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – DNP – DNP

Difahamkan, pada hari pertama, Bukhari dan Azizul sudah melakukan perjalanan sejauh 38km Kampung Changkat Lobak ke Parit Buntar sebelum mengambil keputusan untuk bermalam di sebuah masjid disana.

Dia yang sentiasa berkongsi momen pengembaraan tersebut menyatakan akan meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam pada hari kedua dengan jarak 31km dari Parit Buntar dan seterusnya menuju ke Mekah.

@qoryellia

Assalammualaikum, Ya Rasulullah!!!!!❤️❤️❤️ #caridanterusmencari #pengembaraanhaji #menujumakkah #lambaiankaabah #terimakasihorangbaik #manusiayangpenuhdosa #fypagetiktok #fypforyoupageシ #fypforyou #fyppppppppppppppppppppppp @ACHIKAIZUL

♬ original sound – Mr Apasaja – Suara Hamba

Bukhari juga menyatakan akan memuat naik perkembangan terkini dari semasa ke semasa untuk di akaun TikTok miliknya sehingga sampai ke Tanah Suci nanti.

@qoryellia

#CapCut Jom ke @pakmatwesternhq , jumpa di sana ya🥰. #caridanterusmencari #pengembaraanhaji #menujumakkah #lambaiankaabah #terimakasihorangbaik #manusiayangpenuhdosa #fypagetiktok #fypforyoupageシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypage @ACHIKAIZUL

♬ original sound – DNP – DNP

Perkongsian yang dibuat oleh individu berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial yang kebanyakkannya mendoakan agar urusannya dipermudah.

Mereka juga berharap impian kedua-dua mereka terlaksana bagi menjalankan pengembaraan dengan berjalan kaki bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima.

Sekadar info, perjalanan untuk ke Tanah Suci dari Malaysia sekitar hampir 10,000km.

Perjalanan dengan menggunakan jalan darat sememangnya bukan mustahil kerana sebelum ini ramai yang telah berjaya sampai ke sana tanpa menaiki pesawat memandangkan laluan ke Tanah Suci tidak dipisahkan dengan lautan.