Keluarga dakwa penyanyi wanita Kelantan dikhianati oleh 2 suspek yang masih lolos?

Keluarga dakwa penyanyi wanita Kelantan dikhianati oleh 2 suspek yang masih lolos?

 

Keluarga dakwa penyanyi wanita Kelantan dikhianati oleh 2 suspek yang masih lolos?

Semalam, seorang penyanyi wanita dialek Kelantan bersama lima individu yang ditangkap bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand pada Jumaat lalu dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat untuk prosiding reman.

Tiga lelaki dan tiga wanita termasuk penyanyi terbabit ditangkap polis Thailand kira-kira pukul 5 pagi dalam satu serbuan ketika mereka berehat di sebuah bilik hotel selepas berhibur di pusat hiburan yang terletak bawah hotel tersebut.

Menurut sumber, terdapat dua lagi suspek yang berjaya melarikan diri dan masih belum dikesan sehingga sekarang.

Whatsapp Image 2024 11 04 At 4.55.39 Pm

Seorang wakil keluarga penyanyi wanita berkenaan mendakwa semua penangkapan ini mempunyai unsur perangkap daripada dua suspek yang masih bebas.

Tambahnya lagi, mereka turut diberitahu mengenai kewujudan voicenote yang membuktikan adanya unsur-unsur khianat berkenaan.

Justeru, pihak keluarga meminta agar spekulasi tidak benar daripada orang luar mengenai kejadian ini dapat dihentikan.

Katanya, perkara ini disifatkan sebagai tidak masuk akal berdasarkan kronologi dan apa yang berlaku ketika ini.

“Kebenarannya, pihak kerajaan Thailand dan Malaysia pun tahu benda ni khianat. Memang kedua-dua pihak tahu. Sebab benda ni memang tak masuk akal dari segi jalan cerita. Tu yang kita boleh cakap,” katanya.

@abeawani

#fyp #kelantan #artis #thailand #narathiwat

♬ original sound – Abe Awani – Abe Awani

Difahamkan, kesemua individu yang ditahan juga positif dadah dan ditahan reman selama 84 hari.

Polis Malaysia memaklumkan hanya boleh menjalankan siasatan terhadap mereka jika keenam-enam individu itu dibawa pulang ke sini.