Penyanyi kumpulan ‘skinhead’ dipukul sebab salam tak cium tangan

Penyanyi kumpulan ‘skinhead’ dipukul sebab salam tak cium tangan

 

Penyanyi kumpulan ‘skinhead’ dipukul sebab salam tak cium tangan

Seorang vokalis sebuah kumpulan muzik skinhead dipukul beramai-ramai hanya kerana bersalaman tanpa mencium tangan individu lebih berusia daripadanya.

Semalam, tular dua rakaman video berdurasi satu minit memaparkan sekumpulan lelaki bertindak menahan, mengheret serta memukul seorang individu lelaki lain.

Rakaman video turut menunjukkan salah seorang daripada suspek bertindak menggunakan tong sampah besi untuk memukul mangsa tanpa belas kasihan.

Menurut Utusan, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa tidak mencium tangan ketika bersalaman dipercayai dengan salah seorang daripada kumpulan lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya telah membuka siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Pihak polis telah dimaklumkan berhubung kejadian ini semalam dan memulakan siasatan sejurus laporan dibuat.

“Kami turut menggesa mangsa atau mana-mana saksi untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Tambah Raub, siasatan dibuat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.