“Dia ni penunggang agama, acah-acah baik” – Isteri Shuk Sahar

“Dia ni penunggang agama, acah-acah baik” – Isteri Shuk Sahar

 

“Dia ni penunggang agama, acah-acah baik” – Isteri Shuk Sahar

Pergolakan rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isteri, Fara Salleh masih belum menemui titik penyelesaian apabila masing-masing berbalas kenyataan di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fara menggelarkan suaminya itu sebagai seorang yang pengecut dan ‘bermuka-muka’ kerana pelawak itu didakwa cuba memutar belitkan kenyataannya sebelum ini.

Makanlah sumpah kau tu. Kau berani sumpah laknat biar pun benda tu kau buat. Aku kenal sangat laki aku luar dalam.

Loser, pengecut, fake. Manusia bermuka-muka. Bulan puasa sepatutnya kena ikat, tapi terang-terang itulah diri kau.

Allah itu ada Shuk. Lambat atau cepat Allah mesti balas segala apa yang kau buat selama ini.

Dalam perkongsian tersebut juga Shuk atau nama lengkapnya Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 39, didakwa telah membiarkan rakan-rakannya itu berkata buruk tentang Fara.

Hari tu kau guna akaun kawan kau burukkan aku tu apa? Kau biarkan kawan kau mengata aku macam macam sampai semua screenshoot whatsApp kita kau bagi kawan kau tu apa cerita?

Tidak terhenti di situ, Fara juga mendakwa suaminya itu sengaja menggunakan nama agama semata-mata mahu menutupi kesalahannya sendiri.

Nampak dia gunakan Allah, aku dah kata penunggang agama dia ni.

Berhenti lah jadi fake, suka sangat acah-acah baik depan orang.

Dalam pada itu, Fara berharap agar suaminya itu memberi kerjasama bagi menyelesaikan urusan perceraian mereka di mahkamah.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.

Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.