Penterjemah dan penasihat Presiden Turkiye Erdogan bukan ‘calang-calang wanita’

Penterjemah dan penasihat Presiden Turkiye Erdogan bukan ‘calang-calang wanita’

 

Penterjemah dan penasihat Presiden Turkiye Erdogan bukan ‘calang-calang wanita’

Baru-baru ini, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

Lawatan rasmi itu turut meraih perhatian rakyat namun apa yang lebih mencuri tumpuan pengguna media sosial adalah kehadiran seorang wanita muda sebagai penterjemah dan penasihat Erdogan sepanjang lawatan berlangsung.

Kehadiran wanita itu menjadi tumpuan selepas tular video Erdogan berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan.

@wanzz.official2

Ramai yang komen semalam tentang gadis berhijab yang menjadi penterjemah rasmi Presiden Erdogan iaitu Fatima Kavakci. Latar belakang pendidikan dalam bidang hubungan antarabangsa. #anwaribrahim #pmx #erdoğan #turkiye

♬ AURA – Ogryzek

Wanita tersebut dikenali sebagai Dr Fatima Gulhan Abushanab, merupakan seorang graduan ijazah dalam bidang perhubungan antarabangsa dari Universiti George Mason.

Beliau juga pemegang ijazah lanjutan dalam bidang Perhubungan Muslim-Kristian dalam pengajian liberal di Universiti Georgetown dan PhD di Universiti Ankara Yildirim Beyazit.

Tidak hanya bertindak selaku penterjemah yang menemani Presiden Erdogan sebagai tokoh politik ternama dunia, beliau juga adalah salah seorang penasihat senior di dalam pentadbiran Presiden Erdogan.

GjmIB0NaIAIEk2H

Selain penglibatannya dalam pentadbiran negara, Dr Fatima juga salah seorang tenaga pengajar di Jabatan Hubungan Antarabangsa, Universiti Ankara Yildirim Beyazit.

Tidak hanya latar belakang pendidikan dan kerjaya yang begitu hebat, namun latar belakang keluarganya tidak kurang dahsyatnya.

Dr Fatima merupakan anak sulung kepada Prof. Dr Merve Safa Kavakci. Bapanya bernama Ali Ahmad Ghulam Abushanab yang berasal dari Palestin.

Dalam arena politik negara Turkiye, Prof. Dr Merve (ibu Dr Fatima) pernah berhadapan dengan kontroversi pada tahun 1999, beliau pernah diusir keluar dari Dewan Parlimen oleh Timbalan Parti Demokratik Kiri (DSP) kerana hadir di parlimen dengan memakai tudung, semasa upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Turkiye.

476671603 3108295689308279 890129017493613748 n

Hanya kerana tindakannya mencabar kerajaan terdahulu Turkiye berhubung isu tudung itu, beliau telah diusir keluar dari parlimen dan status kewarganegaraannya dilucutkan.

Namun beberapa tahun kemudiannya beliau diberikan kembali kerakyatan Turkiye dan pernah menjadi Duta Turkiye di Malaysia dari tahun 2017 hingga 2022.

Apa yang menarik mengenai keluarga Dr Fatima, hampir kesemua mereka mempunyai pendidikan dalam Phd dan pakar dalam bidang masing-masing.