“Digelar ‘Big Tiger’..” – Kisah penjara di Thailand, paling digeruni Penjara Pusat Bang Kwang

“Digelar ‘Big Tiger’..” – Kisah penjara di Thailand, paling digeruni Penjara Pusat Bang Kwang

 

“Digelar ‘Big Tiger’..” – Kisah penjara di Thailand, paling digeruni Penjara Pusat Bang Kwang.

Rentetan berita penahanan 6 orang rakyat Malaysia yang dipercayai memiliki 6,000 pil kuda, fakta menakutkan tentang penjara-penjara di Thailand telah menjadi perhatian netizen.

Perkongsian 3 tahun lalu daripada saudara Syimir Yunusi yang pernah melawat ke penjara-penjara negara itu sewaktu membuat latihan kerjaya di bawah Embassy Of Malaysia, Bangkok, Thailand suatu ketika dahulu juga kembali tular.

Secara keseluruhannya, jumlah pusat tahanan yang ada di negara Gajah Putih itu adalah sebanyak 144 buah.

Namun dalam senarai tersebut, Penjara Pusat Bang Kwang yang terletak di Nonthaburi merupakan penjara paling digeruni.

Di sinilah penjenayah hardcore akan ditempatkan yang mana kesemua mereka merupakan banduan akhir serta yang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Penjenayah di Big Tiger terdiri daripada daripada golongan mafia yang terlibat dengan pelbagai jenayah berat seperti rompakan, mengedar barang terlarang ataupun homisid.

Seterusnya adalah Penjara Bangkok Hilton yang menempatkan ramai banduan luar negara. Untuk 3 bulan yang pertama, kedua-dua kaki dan pinggang penjenayah akan dirantai secara bersambung.

Di sinilah mereka akan mengalami tekanan melampau yang mendorong kepada cubaan menamatkan hayat diri sendiri. Penjara Pusat Klong Prem yang berlokasi di Chatuchak, Bangkok pula menempatkan banduan dengan hukuman dalam tempoh 10-50 tahun.

Dalam penjara Thailand, saudara Syimir menggambarkan para banduan menggunakan sistem ‘Cash is king‘.

Banduan yang mempunyai wang ringgit mampu menjalani hidup dengan selesa ekoran kemampuan membayar tukang upah untuk melakukan rutin harian mereka.

Bahkan jika mereka mahu menyeludup benda terlarang sekalipun, ia boleh didapatkan dengan menyogok penjaga di sana.

Keadaan sel penjara amat kecil,  ruangan yang hanya mampu memuatkan 20 orang dalam satu-satu masa akan disumbat seramai 80 penjenayah.

Untuk tidur sahaja, mereka harus mengambil giliran dengan banduan lain.

Setiap hari, lampu sel tidak pernah ditutup bagi memantau gerak-geri banduan. Makanan berupa nasi dan sup ikan hanya diberi sekali dalam sehari.

“Kalau banduan tu miskin, penjara ni memang betul-betul neraka, betul-betul teruk. Istilah ‘selesa” memang tiada dalam kamus penjara Thailand. Selesa ke, bersih ke, memang takdelah. Hang tidur berhimpit ditemani tikus melata atas badan, ada lipas, ada lipan semua bagai”

Rakyat Thailand beranggapan, para penjenayah layak mendapat layanan teruk sebegitu dalam penjara kerana ia umpama karma terhadap kejahatan yang dilakukan oleh mereka.

Jika dibandingkan dengan penjara di Malaysia, di sini pengurusannya masih lagi memaparkan nilai ihsan selain mendidik banduan untuk berubah menjadi insan lebih baik.