Peniaga dikecam selepas caj pelancong RM10 untuk burger daging tanpa telur & keju

Peniaga dikecam selepas caj pelancong RM10 untuk burger daging tanpa telur & keju

 

Tular sebuah video memaparkan seorang pelancong dari negara luar dikenakan caj bayaran sebanyak RM10 untuk burger Ramly biasa di sekitar kawasan Bukit Bintang, baru-baru ini.

Video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Travelling Solo Logs itu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Mana tidaknya, burger biasa yang dibeli oleh pelancong tersebut dikatakan sangat mahal dan tidak sepadan kerana tanpa keju dan telur.

Menerusi rakaman video tersebut, turut jelas kelihatan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan burger berkenaan iaitu roti, daging burger, sayur, bawang dan sos sahaja.

Akan tetapi, penjual burger berkenaan meminta RM10 kepada pelancong tersebut.

Dia juga bertanya sekali lagi sama ada harga RM10 yang dinyatakan oleh peniaga tersebut adalah untuk sebuah burger biasa tanpa keju dan telur.

“Adakah RM 10 normal untuk burger biasa tanpa keju dan telur?” soalnya.

Dalam video tersebut juga, pelancong berkenaan dilihat membuat perbandingan burger Ramly yang dibelinya dengan burger McDonald’s.

Rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati selain menyatakan pelancong berkenaan telah menjadi mangsa tipu daya peniaga berkenaan.

Ini kerana harga yang ditawarkan adalah tidak berpatutnya untuk sebuah burger biasa yang hanya mempunyai daging dan sayur termasuk sos.

Mereka juga meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk masuk campur dalam hal ini.