Pengetua licik asing pelajar di bilik tetamu, rupanya dah pasang jerat nak cabul
Taktik licik seorang pengetua yang mengasingkan dan menempatkan seorang pelajar lelaki di bilik tetamu sekolah terbongkar apabila pelajar tersebut membuat laporan polis dicabul.
Memetik laporan Harian Metro, difahamkan pelajar berusia 16 tahun dipercayai diganggu secara seksual oleh pengetua sekolah yang berusia 59 tahun sejak tiga hari selepas pendaftaran masuk sesi persekolahan bagi tahun 2021.
Ditempatkan di bilik tetamu
Difahamkan mangsa telah ditempatkan di bilik tidur tetamu sekolah berkenaan. Malangnya, pelajar berkenaan diganggu secara seksual oleh suspek sejak tahun lalu sebelum sekolah ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada November. Namum suspek kembali mencabul mangsa selepas sekolah dibuka Mac lalu.
Namun, pada awal pagi 4 Mac lalu, mangsa kembali bersekolah di sekolah itu dan masih ditempatkan di bilik tidur tetamu. Pada jam 4 petang hari yang sama, suspek mengganggu mangsa secara seksual dan cuba melakukan perbuatan tidak senonoh namun sempat dielak.
Ceritakan kejadian pada keluarga
Menurut laporan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, iaitu Superintendan Agus Salim Mohd Alias, memaklumkan selepas kejadian tersebut, mangsa telah pergi ke rumah kawannya untuk menumpang tidur dan tidak menceritakan perkara itu.
Pada 5 Mac lalu, mangsa pulang ke rumah keluarga angkatnya dan menceritakan kejadian yang berlaku di sekolah. Suspek menghubungi mangsa pada 7 Mac lalu dan cuba memujuknya untuk kembali ke sekolah serta memintanya tidak menceritakan perkara itu kepada orang lain.
Bagaimanapun, hasil daripada pemeriksaan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam, mengesahkan mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal.
Sumber: OB, Harian Metro