Wanita mengamuk, dakwa ibu diugut pengawal keselamatan hospital minta RM50

Wanita mengamuk, dakwa ibu diugut pengawal keselamatan hospital minta RM50
Pengawal keselamatan wanita di sebuah hospital di Selangor yang tular meminta rasuah RM10 turut dipercayai memeras ugut seorang warga emas pada Sabtu lalu.
Perkara ini terbongkar apabila anak perempuan warga emas itu berkongsi video meminta pengawal keselamatan wanita terbabit memulangkan semula wang RM50 yang dibayar ibunya yang didakwa turut menjadi mangsa peras ugut.
“Jangan rekod,” kata pengawal keselamatan itu selepas wanita itu merakam gambarnya, dalam kejadian dipercayai di pondok pengawal hospital.
Bagaimanapun wanita itu tetap meminta duit yang telah dibayar ibunya dan tidak menghentikan rakaman.
“Saya ada hak sebab awak ambil duit mak saya. Kalau awak nak tidur lokap bagitahu, saya boleh bawa.
“Cepat, pulangkan balik duit tu,” balas wanita berkenaan sebelum pengawal keselamatan itu memulangkan semula RM50.
Berdasarkan keterangan wanita itu di media sosial, ‘mak guard’ yang sama didakwa mensasarkan warga emas dan orang luar yang melakukan kesalahan parkir untuk dijadikan mangsa peras ugut.
“Alasan dia kat situ parkir staf dan kalau tak nak kena clamp (kunci tayar), bayar dia duit RM50.
“Kalau tidak dia clamp kereta. Mak aku kena (ugut), berderau darah,” katanya.
Wanita itu meminta orang ramai berhati-hati jika ke hospital berkenaan bagi mengelak kejadian serupa.
“Alang-alang ramai dah kena, ni la muka dia yang suka ‘paw’ orang. Hati-hati bila pergi hospital,” katanya.
@allyszackry_ Alang2 ramai dah kena ni lah muka dia hati hati bila pergi hospital kajang , nama dia MANUSHA , target dia orang tua orang luar. alasan dia adalah parking staf dan untuk claim atau bayar dia duit rm50 kalau tidak clamp kete!! mak aku kene berderau darah..#pdrmmalaysia #hospitalkajang
Pada Ahad, satu rakaman video memaparkan pertelingkahan antara seorang lelaki dan pengawal keselamatan wanita di sebuah hospital di Selangor tular.
Insiden itu dikatakan tercetus disebabkan isu ‘clamping’ dan dakwaan cubaan rasuah.
Insiden bermula apabila kereta milik lelaki berkenaan hampir dikunci tayar oleh pengawal keselamatan berkenaan kerana meletakkan kenderaan di kawasan larangan.
Bagaimanapun, individu itu mempertahankan diri dengan mengatakan kawasan tersebut tiada papan tanda larangan parkir atau kon penghalang.
Situasi menjadi tegang apabila pengawal keselamatan itu cuba meminta rasuah kerana dia bertimbang rasa tidak mengunci tayar lelaki berkenaan.