“Gaji tertunggak 2,3 bulan..” – Stesen TV milik pengacara popular didakwa gagal bayar caruman Perkeso pekerja

“Gaji tertunggak 2,3 bulan..” – Stesen TV milik pengacara popular didakwa gagal bayar caruman Perkeso pekerja

 

“Gaji tertunggak 2,3 bulan..” – Stesen TV milik pengacara popular didakwa gagal bayar caruman Perkeso pekerja.

Seorang individu yang mendakwa dirinya bekas pekerja kepada seorang pengacara terkenal mendedahkan bahawa selebriti itu tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk para pekerjanya malah gagal melunaskan gaji mereka selama beberapa bulan.

Individu itu turut mendakwa bahawa dia telah membuat aduan di pejabat buruh dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun tiada tindakan yang diambil terhadap isu tersebut.

Aku tak tahu kenapa nama Shuib je naik sebab tak bayar Perkeso/KWSP. Nak bagitahu Datuk pun sama.

Malah ada gaji tertunggak dua-tiga bulan. Aku bekas pekerja dia di stesen itu. Rancangan syok sendiri semuanya.

Saya dah pernah buat laporan dekat pejabat buruh KWSP, tapi tak jalan. Dah pernah viral sebelum ini tapi tak menjadi.

Image

Menjengah ke ruangan komen pendedahan itu, ramai netizen sudah dapat menggagak siapakah selebriti dan pengacara terkenal yang dimaksudkan individu terbabit.