Penceramah bebas ditahan, disyaki sebar video seks bersama 4 isteri

Penceramah bebas ditahan, disyaki sebar video seks bersama 4 isteri

 

Penceramah bebas ditahan, disyaki sebar video seks bersama 4 isteri

Polis menahan seorang penceramah bebas berusia 39 tahun selepas disyaki menyebarkan video seks bersama empat isteri, pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan daripada isteri kedua suspek pada 16 Jun lalu.

“Bertindak atas laporan, polis membuat tangkapan terhadap suami pengadu dan merampas dua telefon bimbit serta sebuah komputer riba milik suspek.

“Hasil semakan dalam telefon bimbit milik suspek menjumpai beberapa video seks suspek dengan isteri-isteri dan gambar mengaibkan beberapa wanita lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek direman selama empat hari bermula Rabu sehingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 509 Kanun keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, suspek diberi jamin namun polis sedang melengkapkan siasatan.