1,700 pencarum KWSP di negeri ini miliki simpanan RM1 juta

1,700 pencarum KWSP di negeri ini miliki simpanan RM1 juta

 

1,700 pencarum KWSP di negeri ini miliki simpanan RM1 juta

Kesemua 16.22 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpeluang menjadi jutawan apabila bersara jika mereka menyimpan secara konsisten sejak usia muda.

Berdasarkan laporan dari NST baru-baru ini, data menunjukkan bahawa 130,000 pencarum di seluruh negara mempunyai sekurang-kurangnya RM1 juta dalam akaun KWSP Konvensional atau Syariah mereka. Hal ini langsung menjadi bukti yang relevan untuk kenyataan itu.

Di Sarawak sahaja, terdapat 1,700 pencarum daripada jumlah keseluruhan 850,000 pencarum yang telah berjaya mengumpulkan lebih daripada RM1 juta dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

Pengarah Wilayah Sarawak KWSP, Aminuddin Abdul Aziz, berkata mereka yang mula mencarum sejak usia muda mempunyai peluang yang lebih baik untuk mempunyai simpanan yang mencukupi untuk tahun-tahun persaraan mereka.

“Sebagai contoh, seseorang yang berpendapatan RM3,000 sebulan, yang mula mencarum dari usia 25 atau 30 tahun, dengan purata dividen sekitar 5 peratus, dan kenaikan gaji 3 peratus, boleh mempunyai lebih daripada RM1.3 juta simpanan pada usia 60 tahun.

“Ini berdasarkan kadar caruman 13 peratus oleh majikan, dan 11 peratus daripada pekerja, dengan syarat tiada pengeluaran dibuat sehingga persaraan,” katanya seperti yang dipetik dalam temu bual dengan Suara Sarawak pada Julai 2024.

Selain daripada caruman wajib, individu boleh mencarum secara sukarela sehingga RM100,000 setiap tahun.

KWSP pada masa ini mempunyai kira-kira 16 juta ahli, dengan 8.78 juta daripadanya adalah ahli aktif, mewakili 51 peratus daripada 17.32 juta tenaga kerja Malaysia.

Malah, laporan semalam, seorang pakar kewangan dari Singapura turut menegaskan skim KWSP ini sememangnya satu instrumen kewangan yang tiada tolok bandingan kerana penawara pulangan dividen yang cukup lumayan apatah lagi dalam jangka masa panjang yang pasti memberi manfaat kepada para pencarumnya.

Dia juga meminta orang ramai untuk memaksimumkan caruman di KWSP berbanding pelaburan hartanah yang berisiko tinggi.