“Ingatkan Ustaz Kazim Elias” – Penampilan terkini Saharul Ridzwan raih perhatian netizen

“Ingatkan Ustaz Kazim Elias” – Penampilan terkini Saharul Ridzwan raih perhatian netizen

 

Aktor Saharul Ridzwan mencuri tumpuan warganet di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Istagram (IG), Saharul memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia sedang mempromosikan sebuah produk.

Dalam video berdurasi hampir 1 minit itu, Saharul atau atau nama lengkapnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim tampil dengan penampilan bersongkok dan berkaca mata.

Lebih menarik, pelakon drama Arluna itu turut menyarung baju kemeja bermotifkan batik.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah rata-rata netizen menyatakan penampilan Saharul itu persis pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim Elias.

@saharulridzwan7

Jangan menyesal di kemudian hari! @Qaabila Skincare Malaysia HQ 🌹

♬ original sound – SaharulRidzwan – SaharulRidzwan

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menyifatkan wajah Saharul seakan sama dengan pendakwah bebas tersebut.

“Adui ingat tadi Ustaz Kazim Elias,” komen netizen.

“Masya-Allah ingat Ustaz Kazim wei,” tulis netizen lain.

“Ingatkan Ustaz Kazim, maaf mata saya kabur,” komen netizen lagi.

“Maaf mula-mula tengok macam Ustaz Kazim tadi, seiras pula,” komen pengikut.

“Ingat Ustaz Kazim guna akaun Saharul,” tulis netizen.

Perkongsian Saharul itu kini mencecah lebih 5,900 komen dan 14o komen.

Untuk rekod, Saharul mula memperlahankan rentak karier lakonannya apabila aktif mengikuti aktiviti berdakwah.