Pemandu Hilux ‘hentam’ Axia tiga kali gara-gara pandu perlahan

Pemandu Hilux ‘hentam’ Axia tiga kali gara-gara pandu perlahan
Hari ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan pemandu kereta Toyota Hilux bertindak agresif dan melanggar sebuah kereta Perodua Axia.
Insiden itu berlaku di Jalan Tun Razak, Johor Bahru, pemandu Toyota Hilux itu merempuh secara reverse kenderaan berkenaan sebanyak tiga kali.
Menurut Kosmo!, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian pukul 3.10 petang itu berlaku ketika lelaki berusia 63 tahun yang memandu kereta Perodua Axia memperlahankan keretanya kerana terlepas simpang.
@jernehmedia Seorang lelaki ditahan selepas melakukan khianat dengan melanggar kenderaan pengguna lain sebanyak tiga kali, dalam kejadian di Jalan Tun Razak, Johor Bahru, petang Ahad lalu. Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu kerana perbuatan khianat dan memandu secara gopoh. #hiluxlanggaraxia #johohbahru #pdrm #fyppppppppppppppppppppppp #malaysiaposttv #malaysiapost
♬ original sound – MalaysiaPost Official – MalaysiaPost Official
Difahamkan, suspek yang memandu Toyota Hilux ketika itu berada di belakang kemudian memotong Perodua Axia secara agresif sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka.
“Suspek kemudian merempuh kereta mangsa dengan cara mengundurkan kenderaannya sebanyak tiga kali sebelum cuba melarikan diri,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata akibat kejadian itu, pemandu Perodua Axia kerugian kira-kira RM15,300 berikutan kerosakan yang dialami.
Suspek itu juga memiliki tujuh rekod jenayah. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.