Teka-teki terjawab, bekas adik ipar dedah identiti pelakon popular berhutang lebih RM208k
Teka-teki terjawab, bekas adik ipar dedah identiti pelakon popular berhutang lebih RM208k.
Sebelum ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Ziela Rashid membuat dakwaan mengenai bekas kakak iparnya yang merupakan pelakon wanita popular enggan melunaskan hutangnya.
Terbaharu, teka teki akhirnya terjawab apabila Ziela tampil mendedahkan identiti pelakon wanita yang dimaksudkan itu.
Menerusi sebuah rakaman video di TikTok, Ziela memberitahu pelakon tersebut ialah Aida Aris.
Hi semua, saya dengan ini ingin menyatakan pelakon yang dimaksudkan dan viral itu adalah Aida Aris. Semoga dengan penerangan ini, tiada lagi teka teki mengatakan siapa pelakon itu.
Menurut Ziela lagi, dia berharap Aida segera membayar hutangnya dan berurusan dengan pihak insolvensi.
Untuk Aida sila bayar hutang saya dengan Daniel secepat mungkin. Sebab dah lama sangat, empat tahun kot. Apapun tolong berurusan dengan pihak insolvensi. Itu sahaja penerangan daripada saya untuk semua yang masih tertanya-tanya.
@melodiberapi Siapakah pelakon wanita yang baru sahaja memenangi Anugerah di Acara berprestij baru-baru ini yang berhutang ratusan ribu ringgit.??? #meloditv3