Pelajar UM cipta ‘KelantanLingo’, mudah fahamkan dialek Kelantan

Pelajar UM cipta ‘KelantanLingo’, mudah fahamkan dialek Kelantan
Malaysia mempunyai kepelbagaian dialek bahasa yang unik mengikut negeri masing-masing.
Baru-baru ini sekumpulan pelajar Universiti Malaysia (UM) telah membangunkan satu aplikasi untuk memudahkan orang ramai memahami dialek Kelantan.
Dikenali sebagai ‘Kelantanlingo’, aplikasi itu bertujuan untuk memudahkan orang ramai memahami dan menggunakan dialek tersebut.
“Kelantanlingo bukan sahaja membantu golongan pelajar dan pelancong, tetapi juga menyumbang kepada usaha melestarikan identiti budaya tempatan dalam era digital,” kata kumpulan tersebut.
Para pelajar itu memperlihatkan aplikasi tersebut di acara Festival Idea Prasiswazah Universiti Malaya merupakan sebuah acara di mana para pelajar tahun akhir prasiswazah mempersembahkan Projek Tahun Akhir (FYP) mereka.
Acara ini menyediakan platform untuk pelajar mengetengahkan idea dan projek inovatif kepada komuniti yang lebih luas, termasuk rakan industri berpotensi.
Ia merupakan peluang penting bagi pelajar untuk mendapatkan pendedahan dan maklum balas terhadap hasil kerja mereka, sekali gus merapatkan jurang antara penyelidikan akademik dan aplikasi dunia sebenar.
Menurut salah seorang wakil ahli kumpulan, Nur Liyana merancang untuk melanjutkan pengajian bagi menjadi seorang pendidik selepas tamat pengajian kelak.